
Perasan tak kalau korang ke kedai Mamak, bau ayam gorengnya menusuk ke hidup. Kalau pergi kaunter makanan, mesti teringin nak pilih ayam goreng yang beraroma wangi ni
Dahlah rangup ada rasa rempah yang cukup sedap. Apa rahsia resipi mamak ni yang mencipta ayam goreng yang lain macam lazatnya
Jom kita dedahkan dan kongsi resepi ini.
AYAM GORENG MAMAK
.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
.
Mudah aje kan, bolehlah goreng sendiri.
.
Kredit resepi ini tidak dapat dikenal pasti.
Via FB : Ilham Resepi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Rendang Padang Asli Indonesia, Sedap & Sesuai Masak Untuk Raya

Jom masak Rendang Padang untuk raya tahun ni Resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Sesekali tukar selera tentunya enak juga. Resipi Rendang Padang ini berasal dari Indonesia. Jom buat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK RENDANG PADANG YANG SEDAP & MUDAH
(RESIPI UNTUK 3 KG DAGING)
BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging – potong & cuci bersih
- 3kg santan segar
- 3 sudu makan kerisik @ gonseng kelapa 6 sudu besar (TAMBAHAN)
- 6 batang serai – diketuk
- 15 helai daun limau purut
- 6 helai daun salam
- 6 helai daun kunyit – dibuang tulang tengah & potong besar
- 3 keping asam gelugur @ asam kandis – beli online disini
- Garam @ gula secukup rasa
- Rempah rendang – klik DISINI untuk resipi
BAHAN KISAR:
- 50 tangkai cili kering – beli online disini
- 15-20 biji cili hidup
- 60 biji bawang merah – beli online disini
- 30 ulas bawang putih – beli online disini
- 2-3 jempol @ ibu jari lengkuas
- 2-3 hiris (besar ibu jari) halia
- 15 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Cili kering harus direbus dahulu dan cuci bersih.
2. Kisar cili kering, cili hidup, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
3. Kemudian sediakan kuali atau periuk untuk memasak rendang.
4. Masukkan santan dan bahan yang dikisar tadi.
5.Kemudian masukkan rempah rendang yang sudah dikisar halus, serai, daun limau purut, daun kunyit dan kerisik @ gongseng kerisik.
6.Masak dengan api yang sederhana dan masak kesemuanya sehingga sedikit mendidih. (jangan sampai pecah minyak)
7. Kemudian barulah masukkan daging yang telah dipotong.
8. Masak sehingga rendang kering dan jadi berminyak. Masa ni rasa akan meresap ke dalam daging.
9.Perasakan dengan secukupnya.
INFO:
Jika suka rasa manis dalam rendang tambahkan sedikit gula.
Untuk sukatan santan, 1 kg daging, kita akan guna:
- 800-1000ml santan segar = bersama 3-4 biji kelapa tua
- 1000ml santan kotak
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Menu ‘Legend’. Letak Udang Lagi Sedap!

Isi Kandungan
ToggleSayur Meranti Masak Lemak Keledek, menu Legend kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas ada sambal belacan tak perlu dah lauk lain. Letak udang dalam sayur lemak ni lagi tambah sedap.
Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek antara menu masakan kampung yang sangat digemari ramai. Walaupun sayur meranti agak sukar didapati terutama di bandar namun sajian ini menjadi menu pembuka selera yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ada pula sambal belacan dan ikan kering, aduhhh memang tak pandang orang dah bila makan. Jomlah kita cuba resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering – beli online
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris) – beli online
Cili merah (dihiris) – beli online
Garam secukup rasa – beli online
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je
Resipi Pucuk Ubi Sambal Kering, Guna Tip Ini Untuk Dapat Pucuk Ubi Yang Garing & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Dragon Mix Fruit. Air Buah Tanpa Pewarna Sedap Untuk Berbuka

Sedapnya Air Dragon Mix Fruit ni, Bila tiba waktu berbuka, air antara hidangan wajib ada dan paling tak sabar untuk dijamah. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Belum ada idea nak bancuh air apa untuk berbuka petang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Yushanun Yusof ni. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Tak guna pewarna tiruan pun. Semuanya warna asli dari buah-buahan segar. Memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT AIR DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
• Buah naga merah
• Buah mangga masak
• Anggur manis – dibelah dua
• Laici tin – ambil sekali dengan airnya
• Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
• Air masak
• Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Video Cara-Cara Bancuh Dragon Mix Fruit
https://www.facebook.com/ibu.anisa/videos/1692313050851289/?t=13
Kredit resipi & foto: Nur Yushanun Yusof
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka
Cara Buat Taufu Fa Homemade Sedap Macam Jual Di Bazar Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official