
Tak lengkap nak menggoreng ayam jika tidak ada serbuk kunyit. Tapi tahukah kita ayam goreng yang tak di gaul dengan
serbuk kunyit lagi sedap dengan ramuan segar ini.
Resipi Ayam Goreng Tanpa Serbuk Kunyit

BAHAN-BAHAN:

- 5-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
- 5 Ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 inci halia (ditumbuk)
- Garam
- 1 Sudu besar serbuk cili
CARA-CARA:

- Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
- Kemudian masukkan garam, serbuk cili dan gaulkan
- Perap dalam 10 minit
- Akhir sekali goreng ayam yang dah diperap tadi
Siap. Sedia dinikmati!
Sumber: mariberkongsi
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Rahsia Resipi Ayam Goreng Syurga Ketiga, Ikut Step By Step Kalau Taknak Kecundang!
Cara-Cara Buat Ayam Goreng Berempah Rangup. Resipi Asli Dari Peniaga Nasi Ayam Berempah Sendiri.
5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Wool Bread Elok Kejadiannya Bakar Guna Dapur Gas

Feeling dapat membuat roti sendiri ni lain. Puas bila dilihat hasilnya menjadi gebu. Membuatnya juga kena ada minat dan dibuat dengan sabar. Hari ni kita meroti wool bread dan membakarnya atas dapur gas. Bahan yang digunakan pun simple saja.
WOOL BREAD
Bahan-bahan:
110ml susu segar/cair suam
3 sudu besar gula
1 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
2 sudu besar butter #zida2004
Filling/ inti pilihan
– Saya letak coklat cip saja
Bahan sapuan:
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar/cair
Cara memasak:
1.Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan selama lima minit.
2.Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Masukkan butter, gaul lagi.
3.Kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi. Gaul dan uli selama lima minit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
4.Bulatkan doh. Sapukan sedikit minyak di atas doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan selama 1 jam.
5.Uli sebentar untuk membuang angin pada doh. Bentukkan membujur dan potong/ bahagikan kepada lima bahagian.
6.Ambil satu bahagian, canai bentuk bujur. Hiris secara memanjang dan halus dan sekata (seperti memotong mi) 3/4 doh membawa ke hujung doh.

7.Letakkan inti di hujung bahagian doh yang tidak dihiris. Gulungkan dengan kemas hingga ke hujung doh yang telah dihiris.
8.Ulang langkah yang sama dengan baki empat doh yang tinggal.
9.Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun doh yang digulung tadi ke dalam loyang secara membulat hingga penuh tepian loyang.
10.Campurkan kuning telur dengan susu. Kacau sebati. Sapukan ke atas doh roti.
11.Panaskan periuk di atas dapur gas selama lima hingga tujuh minit. Masukkan loyang doh roti. Bakar dengan api paling perlahan selama 30 minit. Jika bakar dengan oven, bakar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit mengikut oven masing-masing. Siap untuk dihidang.


Kredit:#norfazidagda
Cara-Cara Buat Daging Pekasam Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Jika tiada selera, daging pekasam ni boleh membangkitkan selera makan anda. Bagi yang selalu beli hidangan ini, kini anda boleh hasilkan sendiri. Mudah je. Jom cuba
Alhamdulillah menjadi juga daging pekasam nih. Nak beli mahal sangat. Jadi kita wat sendiri. Sape yang suka boleh la try. Terima kasih saudara mara di Langkawi yang memberi resepi ni tempoh hari.
BAHAN-BAHAN:
- Daging lembu ( apa sahaja jenis kesukaan)
- Garam
- Sedikit gula
- Beberapa keping asam gelugur
- Segenggam nasi
- Air basuhan beras ( basuhan kali 2/3) secukupnya
CARA-CARA:
1. Daging lembu dicuci bersih-bersih.
2. Gaulkan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan ke dalam balang bersama bberapa keping asam gelugur dan segenggam nasi.Perap semalaman.

4. Keesokannya masukkan air basuhan beras kali ke 2/3. Simpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan di luar peti sejuk pun boleh. Rasanya akan menjadi lebih masam dan sedap.
5. Tunggu selama 3-4 hari barulah sedia digoreng.

6. Nikmati bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto: Adinda Umie Sue
Aneka Resipi Berasaskan Oreo Yang Wajib Dicuba!

Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jom kita lihat olahan resipi berasakan oreo yang boleh dihasilkan dan dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!
KEK OREO

BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
- 1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
- Campurkan oreo dan kacau rata.
- Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
- Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
- 80 gm mentega
- 200 gm krimwell
- 350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
- Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
- Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
- Buttercream
- Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
- Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
- Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
- Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
- Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
- Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
MILKEY OREO COOKIES

BAHAN A
- 130 gm butter
- 70 gm gula
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
BAHAN B
- 170 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung beras
- 1/8 sudu teh baking powder
- 20 gm cornflakes ~ dikisar
- 20 gm serbuk badam
- 20 gm badan nibs
- 20 gm oreo ~ dikisar
HIASAN
- Coklat putih ~ dicairkan
- Coklat Oreo ~ dikisar
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati.
- Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang disukai.
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
- Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit resipi & foto: Azlita Aziz
PUDING OREO KASTAD

BAHAN A
- 15g agar-agar serbuk
- 200g gula pasir – kalau manis kurangkan
- 750ml air
BAHAN B
- 1/2 tin susu cair @ 200ml
- 3 biji telur
BAHAN C
- 45g tepung kastad + 60g air – untuk membancuh sahaja
SAMPINGAN
- 2 sdm milo + 1sdt coklat paste
- Pewarna kuning sedikit
- 1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) – patah 2
CARA PENYEDIAAN
- Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu
- Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
- Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
- Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
- Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
- Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
- Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
- Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
- Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
- Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
- Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN ( Saiz: 8″ persegi )
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula – (resipi ini guna140g gula)
- 1 tin @ 400g susu cair
- 3/4 cup serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
CARA PENYEDIAAN
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
- Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengann api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalamm peti sejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Kredit resipi & foto: Yatie

