Bila tengah lapar dihidang dengan bihun goreng memang laju menyuap. Nak bihun goreng rasa sedap, boleh tambah cendawan Shiitake di dalam ramuan. Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.Cukup mudah tapi sedap.
BIHUN GORENG
BAHAN-BAHAN:
100gram bihun untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Ads
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
Spageti Aglio Olio tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sajian dari Eropah ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Namun ada juga yang kurang gemar kerana rasanya yang tidak pedas. Nah… Jangan risau, ada resipi Spageti Aglio Olio cita rasa Melayu perkongsian saudara Mohd Shahrizal yang pastinya kena dengan selera anda. Pedas dan berbawang. Memang nikmat. Oh ya, kalau ada paket-paket emping cili Dominos tu, boleh guna tau untuk masak menu ni. Sedap! Barulah tak membazir.
CARA MASAK SPAGETI AGLIO OLIO SEDAP IKUT SELERA MELAYU
BAHAN-BAHAN: Spageti secukupnya – rebus hingga lembut – beli online disini 5-6 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini 1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini 3 biji cili padi – lebihkan jika suka – beli online disini Udang secukupnya Sotong secukupnya Kupang – jika suka Emping cili secukupnya (empunya resipi guna 5 paket) – beli online disini Brokoli – rebus guna air rebusan pasta Garam & perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan juga sotong. Jika suka, boleh masukkan kupang. Masak hingga air sotong kering.
3. Seterusnya masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan airnya. Masukkan juga emping cili mengikut tahap kepedasan yang digemari. Tambahkan juga garam serta perasa dengan secukupnya.
4. Gaul spageti hingga bercampur rata dengan semua bahan. 5. Akhir sekali, masukkan brokoli yang telah direbus menggunakan air rebusan pasta. Gaul lagi.
6. Spageti Aglio Olio cita trasa Melayu sedia untuk dihidangkan.
Butuahnya, bila Chef Imelda Haris yang terkenal dengan menu fusion untuk share 10 resipi pelbagai jenis pasta yang boleh mak-mak cuba sebab sekarang ni ramai anak-anak lebih suka makan pasta dari nasi.
Menariknya, Chef Imelda begitu kreatif mempelbagaikan jenis pasta yang dimasak dalam cita rasa Malaysia seperti Pasta Ayam Kicap Pedas, Makaroni Sambal Tumis, Linguine Ayam Lemak Cili Padi, Fussili Goreng Pedas dan beberapa lagi. Diharapkan dengan idea yang diketengahkan oleh Chef Imelda ini anda jadi lebih kreatif menyediakan menu pasta.
Apa tunggu lagi, jom cuba. RASA yakin percubaan anda tidak akan sia-sia kerana kesemua menu ini memang sedap dan sedikit pedas memang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Untuk anak-anak boleh je kurangkan pedasnya.
PASTA AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
250gm Linguine yang sudah direbus separuh masak
300gm isi ayam | dipotong dadu
2 biji bawang putih | tumbuk halus
1 biji bawang besar | tumbuk halus
2 biji cili padi hiris halus
3 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
1 biji tomato dipotong dadu
Garam dan minyak jagung untuk menumis
Herba basil secukup rasa
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak sehingga garingatau kekuningan
Masukkan isi ayam dan gaul rata.
Tuangkan kicap masin dan manis.
Campurkan Linguine dan cili padi.
Tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
Tambah air jika anda ingin sedikit berkuah.
Pasta sedia dihidangkan.
MIX BEANS PASTA
BAHAN-BAHAN:
200g spageti | rebus separuh masak
1/2 tin kacang panggang dalam sos tomato
5 batang kacang buncis | potong
2 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Bawang putih ditumis sehingga naik bau dengan sedikit minyak.
Masukkan kacang buncis kacau sehingga separuh masak.
Tuangkan kacang panggang bersama sos ke dalamnya dan gaul sehingga mesra.
Biarkan seketika dan masukkan pasta dan kesemua bahan lain.
Tutup api dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
Sedia untuk dihidang.
PASTA SALAD BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
180gm pasta sayuran pelbagai bentuk | rebus Al dente
1/2 biji cili bengala hijau | dipotong dadu
3 sudu makan minyak jagung
1/2 sudu serbuk paprika
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/4 sudu serbuk ketumbar
1 sudu madu
1/2 biji lemon
Sedikit daun ketumbar | dihiris halus
sedikit garam dan lada hitam
1 botol kosong
CARA MEMASAK:
Campurkan minyak dan rempah paprika, jintan manis, ketumbar berserta madu ke dalam botol kosong
Goncang sehingga bahan sebati.
Masukkan pasta dan minyak berempah lalu gaul sehingga semua bahan mesra.
Tambahkan lada benggala dan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan lada.
Perahkan jus lemon sebelum dihidang.
SPAGETI AYAM CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus al dente
200gm isi dada ayam | hiris
1 biji cili benggala hijau | potong panjang
1 sudu makan bijan hitam
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air
1 biji bawang bombay | mayang
1 kiub ayam
1 helai daun bay kering
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit herba parsley kering
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan capsicum.
Tumis sehingga campsicum masak. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak
Kemudian masukkan kiub ayam, daun bay, sedikit herba parsley kering dan air lalu direneh sehingga masak.
Masukkan spageti sudah direbus ke dalam sos dan reneh sehingga masak.
Sesuaikan rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
MIX VEGETABLE PASTA OLIO WITH CHILI FLAKES
BAHAN-BAHAN:
250g pasta sayuran campuran yang direbus al dente
3 biji bawang putih | cincang
2 biji cili padi | hiris halus
1 sudu teh stok ayam
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh serbuk cili
Garam dan minyak jagung untuk menumis
Herba parsley secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan cili padi, stokayam dan tumis sehingga garing.
Campurkan pasta dan jus lemon.
Tambahkan garam dan herba parsley mengikut cita rasa anda.
Segera hidangkan panas-panas.
FUSSILI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta fussili yang sudah direbus separuh masak
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan pes cili
1/2 sudu besar stok ayam
30gm ikan bilis kisar halus
Sedikit hirisan cili benggala merah
Garam dan minyak jagung untuk menumis
Sedikit Herba ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan cili benggala dan tumis sehingga garing.
Campurkan fussily.
Perasakan dengan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
Fussili sedia dihidangkan.
MACARONI SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
300gm macaroni yang sudah direbus separuh masak
70gm ikan bilis | goreng garing
10 tangkai cili kering | buang biji, rebus & kisar
1 biji bawang besar | hiris
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1 keping asam gelugor
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula apong
Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang merah, ikan bilis, belacan sehingga halus.
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit.
Bila cili masak garing dan pecah minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam gelugor, gula apong dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.
Tambahkan macaroni dan masak sehingga semua sebati.
LINGUINE AYAM LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm linguine yang sudah direbus separuh masak
2 keping peha ayam | potong sederhana
3 cm kunyit hidup | kisar
5 bijicili padi | kisar
2 batang serai | titik
1 cawan santan
1 cawan air
1 sudu makan stok ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
Kunyit, serai dan cili padi kisar di tumis dengan sedikit minyak sehingga agak garing.
Masukkan air dan stok ayam masak sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
Kecilkan api lalu di masukkan santan berserta pasta.
Pekatkan sos dan ubah suai rasa mengikut cita rasa anda.
Pasta sedia dihidangan
PASTA IKAN BILIS TOMATO
BAHAN-BAHAN:
250gm linguine direbus al dente
50gm ikan bilis goreng
5 biji tomato besar masak ranum potong kecil
1 biji bawang Bombay di mayang
1 cawan air
1 kiub ayam
1 helai daun bay kering
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit herba parsley kering
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan tomato.
Tumis sehingga separuh garing. Masukkan air dan reneh sehingga masak.
Kemudian masukkan ikan bilis kiub ayam, daun bay dan sedikit herba parsley kering dan biarkan seketika.
Tambahkan linguine yang sudah direbus kedalam sos dan reneh sehingga masak.
Perasakan dengan garam dan lada sulah mengikut cita rasa anda.
Pasta sedia dihidangkan.
MACARONI AND CELERY OLIO
BAHAN-BAHAN:
250gm macaroni yang sudah | rebus separuh masak
100g batang celery | cincang halus
2 biji bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
Garam dan minyak jagung untuk menumis
Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan celery dan tumis sehingga garing.
Campurkan macaroni dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
Mi goreng basah ini selalu jadi pilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu datang beraya. Cuma masalahnya, hidangan ini tak boleh dibiar lama. Kalau tak dimakan terus, kuah akan diserap dan mi jadi kembang. Bila dah begini, rasanya akan kurang sedap.
Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat.
Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur
Cara membuat
1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi
2. Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola. Tumis lagi sampai masak.
3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa.
6. Bila me hampir masak, masukkan tauge jika suka. Bila dah sebati tutup api.
TIP EKSTRA
Sebelum letak garam dan gula rasa dulu kerana mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh segera. Memang dah sedia masin.
Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah dan berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira