Bila tengah lapar dihidang dengan bihun goreng memang laju menyuap. Nak bihun goreng rasa sedap, boleh tambah cendawan Shiitake di dalam ramuan. Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.Cukup mudah tapi sedap.
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
Siap! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official