
Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji bawang merah – kisar
- 5-6 biji bawang putih – kisar
- 1 sudu kecil lada hitam – kisar
- 2 sudu makan udang kering – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 1 mangkuk udang segar
- 400gm bihun
- Daun kucai dan cili merah -sebagai hiasan
- MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar lumat bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
- Kopek kulit udang. Ketepikan.
- Rendam bihun hingga lembut (400gm)
- Kucai dipotong dalam 4cm.
- Tumis bahan kisar dengan minyak secukupnya sehingga jadi keemasan dan garing.
- Kemudian perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
- Masukkan udang. Gaul hingga udang masak.
- Seterusnya masukkan bihun yang sudah ditoskan airnya.
- Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap & Mudah. Cara Masak Sizzling Yee Mee Macam Dekat Food Court

Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Hanya guna kuali biasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN (sukatan 3 orang makan):
- 3 gulung yee mee
- 5 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1/2 inci halia – dicincang halus
- Ayam – dipotong kecil
- Cendawan shitake kering @ basah
- 5 biji cili kering – dipotong-potong
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 kiub MAGGI® Pati Ayam
- 2-3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
- Minyak untuk menumis
- 4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
- Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
- Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, kiub MAGGI® Pati Ayam dan serbuk lada hitam.
- Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
- Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
- Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
PETUA:
1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya.
2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Kredit foto: Shutterstock
Program Rasa Bubur Lambuk Warisan Berlangsung Meriah, Lebih 6000 Pek Bubur Lambuk Diedarkan

Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.


“Petron Malaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.

Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.

Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.

Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.





Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.



Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.






Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.







Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.



Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.

Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.




Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.



Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Bagi mengikuti info lanjut mengenai Majalah Rasa, layari laman web www.rasa.my, Facebook @majalahrasa dan Instagram @majalahrasa.
Cuba Resipi Quiche Bayam Dan Keledek & Rebut Peluang Menangi Wang Tunai RM280,000!

Sedapnya Quiche Bayam Dan Keledek ni. Siapa kata hidangan vegetarian tidak memikat selera? Jika kena olahan bahan-bahannya, pasti sajian yang disediakan memikat rasa. Hanya menggunakan Nestlé JUST MILK dan MAGGI Cukup Rasa, anda tidak perlu lagi menambah garam dan gula ke dalam masakan. Semuanya sudah cukup sempurna dan seimbang. Jika suka pedas, nikmatilah pastri enak ini dengan Sos Cili MAGGI. Memang sangat sempurna dan memikat deria rasa. Jom cuba resipi istimewa ini. Pasti anda sekeluarga sukakannya.
RESIPI QUICHE BAYAM DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 260gram tepung gandum
- 180gram mentega sejuk
- 1 biji telur (gred A)
- 2 sudu makan Nestlé JUST MILK sejuk
BAHAN-BAHAN INTI:
- 1 mangkuk (sederhana) daun bayam – bersihkan, celur 2 minit & toskan
- 2 biji ubi keledek sederhana – cincang dadu dan rebus separuh empuk
- 1 cawan Nestlé JUST MILK
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar – cincang dadu
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- ½ sudu teh chili flakes
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya – pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 45 minit atau lebih.
- Sementara itu, buat inti quiche; panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ubi keledek, bayam celur yang dicincang sedikit, susu Nestlé JUST MILK dan kacau rata. Tambah oregano, basil, chili flakes dan MAGGI Cukup Rasa. Tutup api. Masukkan bancuhan telur dan kacau.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Biarkan sedikit lembut (untuk mudah mencanai). Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan quiche yang telah disapu sedikit mentega. Letakkan parchment paper di atas pastri. Kemudian tambah pemberat (kacang) lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15 minit. Keluarkan pemberat dan parchment paper. Sejukkan pastri sebentar.
- Tuang inti secukupnya ke dalam pastri yang telah dibakar separuh masak tadi. Tabur parutan keju secukupnya (jika suka).
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-25 minit atau hingga keperang-perangan.

Size hidangan : 8-10 biji (3-4 orang)
Waktu penyediaan : 35 minit
Waktu membakar : 25 minit

NAK MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM280,000? BEGINI CARANYA!
Serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan pelbagai hidangan snek enak dan berkhasiat untuk keluarga dengan menyertai cabaran #SNEKMACAMPRO dengan NESTLÉ & rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Sedia satu hidangan snek (bite size snack/pencuci mulut/minuman/pastri) secara kreatif menggunakan produk-produk Nestlé Malaysia terpilih (MILO®, NESCAFÉ, NESTUM, KITKAT, Nestlé Ice Cream, Nestlé Omega Plus, Nestlé EveryDay, Nespray, MAGGI® Nestlé Just Milk)
- Rakam masakan anda dalam bentuk gambar atau video.
- Muat naik di akaun Facebook atau Instagram anda dan sertakan hashtag SnekMacamPro #DearNestle. Penyertaan melalui Facebook Stories & Instagram Stories tidak akan diterima.
Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui Dear Nestlé Facebook page – Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé.
- Ajak kawan-kawan dan saudara mara untuk turut serta dalam CABARAN #SNEKMACAMPRO DENGAN NESTLÉ
- Pastikan akaun Facebook dan Instagram anda ditetapkan pada UMUM @ PUBLIC.
HADIAH-HADIAH HEBAT INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA!
Hadiah Utama: RM25,000 cash x 1 pemenang
Tempat pertama: RM15,000 x 2 pemenang
Tempat kedua: RM5,000 x 5 pemenang
Saguhati: RM500 x 400 pemenang
Jadi tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang!
Layari Dear Nestlé Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé untuk maklumat lanjut:
https://www.dearnestle.com.my/cabaran-snek-macam-pro

