Masakan berasaskan ayam adalah salah satu menu utama. Selalunya ayam digoreng, dimasak kari, kicap atau masak lemak cili padi. Itu semua selera masyarakat Melayu.

Selain itu, cara lain untuk menikmati ayam adalah dengan cara ayam masak teriyaki. Ini sebenarnya cita rasa Jepun. Namun disebabkan rasanya yang sedap, ayam teriyaki boleh diterima oleh masyarakat kita.

Nak tahu apa yang menambah sedap ayam teriyaki supaya cita rasanya lebih kurang sama dengan masakan Jepun? Gunakanlah gula perang. Jangan guna gula putih. Itu saja. Simple kan? Gula perang membuatkan cita rasa lebih unik dan sedap.

Min kongsikan resipinya di sini ya.

IKLAN

AYAM TERIYAKI

Rahsia Buat Ayam Teriyaki Yang Sedap Bagai Resipi Asal Dari Jepun

Bahan-bahan

IKLAN

2 keping isi dada ayam (hiris)
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan parutan halus halia
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan sedikit minyak masak
1 sudu makan bijan putih (goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

IKLAN

Cara membuat

1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
4) Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
5) Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
6) Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
7) Masukkan ayam dan tutup api.
8) Taburkan bijan dan gaul rata.
9) Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI