Menu daging menjadi kesukaan ramai. Selain dibuat gulai enak juga dibakar. Aromanya sungguh sedap. Dicicah pula dengan sos pencicah yang dibuat sendiri. Memang layan.
Daging Bakar
Bahan-bahan:
2 kilo daging (daging batang pinang lembut) rebus besar-besar dalam pressure cooker.Dah siap empuk,angkat dan gaulkan sos
5 sudu besar sos cili Maggi-beli online di sini
5 sudu besar sos tiram-Seafood Adabi-beli online di sini
6 sudu besar sos black pepper-beli online di sini
6 sudu besar sos ikan-beli online di sini
1 1/2 sudu besar black pepper guna dalam botol yang berbiji halus
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1/2 cawan minyak
Cara memasak:
1.Bakar sekejap untuk bagi sedikit garing. Guna air fryer.Lapik aluminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan boleh ambil dan sapu setelah daging diangkat.
2.Daging bila angkat letak dalam pinggan sapu lebihan sos yang ada.
Atau cara lain daging tak perlu rebus hanya perap dengan semua bahan dan perap semalaman.
3.Bakar sampai masak. Cara ini daging lebih juicy.
Sos pencicah:
1 cawan air suam
Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
3-5 sudu besar gula kabung Thai
15 cili padi merah Thai- tumbuk
10 ulas bawang merah hiris nipis-nipis
5 ulas bawang putih dadukan halus-halus
Sedikit sos cili- tak letak pun ok
1 sudu besar beras disangai dulu kemudian ditumbuk
Daun ketumbar hiris nipis
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Campur semua bahan.
2.Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan tepung jagung jika suka.Bancuhan sos kalau tak guna tepung jagung tak payah masak pun tak apa.
Kredit: Makcik Ratu
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official