Ikan bilis memang sedap dimakan dengan nasi. Lagi-lagi jika ikan bilis dibuat sambal. Memang laju je makan. Lebih sedap jika ikan bilis digoreng rangup terlebih dahulu. Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis perlu digaul dengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi lebih rangup. Jom ikuti perkongsian ini.
RESIPI IKAN BILIS TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- Segenggam ikan bilis
- Tepung jagung secukupnya (fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangup)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 3-4 tangkai cili kering digunting halus (rebus dan toskan)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil gula
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
- Cuci bersih ikan bilis, toskan dan tabur tepung jagung. Gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
- Goreng hingga garing. Ketepikan ikan bilis.
- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili kering dan kacau hingga cili jadi sedikit garing.
- Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air.
- Kacau sebati hingga sedikit pekat.
- Kemudian, masukkan ikan bilis.
- Gaul hingga sebati. Siap!
NOTA:
- Ada rasa manis-manis sedap. Selamat mencuba!
Jika anda memerlukan KUALI baru yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: NORASLINDA MD RADZHI
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI: