Sedapnya Kek Span Pandan ni! Kekyang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba resipi ni. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Hidayah Fareez.
CARA BUAT KEK SPAN PANDAN LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN: 5 biji telur B – jika guna gred A, guna 4 biji 1 cawan tepung kek bluekey – ayak – beli online disini 1 cawan gula – kisar halus gula terlebih dahulu kemudian baru disukat (empunya resipi kurangkan sedikit sukatan untuk kurangkan manis 1 sudu makan perisa pandan – beli online disini 1 sudu teh pewarna hijau – beli online disini 1 sudu makan ovalette – beli online disini 1/2 cawan minyak – boleh juna minyak masak/jagung/sayur
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak. Pukul hingga gebu. 2. Bila adunan kelihatan kembang dan gebu, masukkan minyak. Kaup balik menggunakan spatula. Tidak perlu pukul lagi. 3. Ambil loyang dan alas dengan baking paper. Tuang adunan kek. 4. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Guna api atas bawah. Harus diingat, masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
5. Bila kek sudah masak keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO: Jika mahu buat kek setengah adunan, boleh kurangkan telur kepada 3 biji, 1/2 cawan tepung dan 1/2 cawan gula. Begitu juga dengan sukata ovalette dan minyak perlu dikurangkan. Waktu membakar boleh set kepada 30 minit sahaja atau sehingga masak.
Sedap nampaknya kuah rojak perkongsian saudari Mim Yusof ni. Pekat, likat, sebijik sama macam kuah rojak yang dijual di pasaran. Bagi anda yang memang ‘hantu’ rojak, cubalah resipi ni. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Nak makan, ceduk je.
CARA MASAK KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 keping gula gerek (manisan) – beli online DISINI
Biasanya bila sebut mengenai daging salai, ramai yang membayangkan hidangan Masak Lomak Cili Padi. Jangan tak tahu, banyak lagi menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan daging salai ni. Salah satunya ialah kerabu. Sangat senang! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
50 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.
1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang
500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
6 tangkai cili kering
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 1 inci lengkuas
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan kerisik
1 biji kelapa – ambil santannya
1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan. 2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. 4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk. 6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak. 7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati. 8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. 9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO: * Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian. *Ada sesetengah masak hidangan inimenggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
8 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 inci halia – kisar
3 batang serai – kisar
3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
3 keping asam gelugur
1 botol budu kampung @ budu botol
Gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak. 2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak. 3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan. 5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar. 6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO: *Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya. * Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.) * Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ikat petai
6-8 biji cili padi
Garam kasar secukupnya
Air masak
CARA MEMASAK: 1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air. 2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi. 3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin. 4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama. 5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO: *Petai jeruk biasanyadiperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanyalebih sebati. *Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili. *Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
7 biji bawang merah – tumbuk halus
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 inci Halia
2 batang serai – ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam
Sedikit Jus Asam Jawa
10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan. 2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus. 3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar. 4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi. 5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata. 6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis. 7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada. 8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut. 9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti bata @ roti babu
3 biji telur
1 cawan air – boleh lebihkan
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
1 sudu teh esen vanilla
1-2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul. 2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan. 3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula. 4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi. 5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti bata @ roti Babu
2 cawan santan
Sedikit air
2-3 biji telur
1 helai daun pandan
Secubit garam
1/2 cawan gula
1-2 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul. 2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan. 3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut. 5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan
1/2 cawan gula
Tapai Ubi Kayu
1 helai daun pandan
Sedikit kiub ais
CARA MEMASAK 1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan. 2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika. 3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO: Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong