Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.
Kentang goreng
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1.Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2.Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3.Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak angkat) Kalau hirisan tebal, rebus jika tak boleh je skip step ni.
4.Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.
5.Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6.Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
Ads
7.Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bebola ayamhomemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mummy Chomey. Pasti puas hati.
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Bebola Ayam homemade boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika. 2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan cili dan cili benggala. 3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi. 4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati. 2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus. 3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus. 4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil. 5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti : 1 . Potong dadu (kecil) buah kundur. 2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur. 3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga halus. 2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul. 3. Uli adunan sehingga sebati. 4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis. 5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan. 6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit. 7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik. 2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati. 3. Panaskan kuali bersama minyak masak. 4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali. 5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan. 6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya. 7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika. 3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika. 4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Ubi kayu goreng memang sedap. Nak pulak disira dengan ramuan bawang putih, cili , gula dan garam secukupnya memang lagi mantaplah. Simple sangat nak buatnya. Generasai muda kat bandar ni jarang dapat rasa ubi goreng yang begini
Kalau menikmatinya memang boleh teringat zaman kecil-kecil dahulu. Ni alhamdulillah ada resipi yang dikongsikan oleh Fatin Ramli. Makan masa musim hujan ni boleh naik bersemangat hari ini
UBI KAYU GORENG BERSIRA PEDAS MANIS
BAHAN-BAHAN :
2-3 tongkol ubi kayu
2-3 ulas bawang putih
1 sudu makan pes cili kering | ikut kepedasan yang disukai
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Semestinye la kena ada ubi kayu, dua tiga tongkol pon dah cukup boleh makan ramai2 dah.
2. Potong ikut cita rasa masing-masing. Korang goreng sampai kekuningan dan empuk ye
3. Bila dah goreng macam ni la rupenye, mcm ni pon dah sedap dua tiga potong dah masuk mulut
4. Pastu korang tumbuk bawang putih sikit dalam dua tiga ulas
5. Selepas itu tumiskan bawang putih dengan cili ikut kepedasan masing-masing, empunya resepi Fatin suka pedas
6. Masuk perasa gula dan garam je bagi manis2 manja giteww.
7. Bila cili dah masak masukkkan ubi goreng dalam kuali, gaul sampai lah bersalut ubi tu.
Makan dengan air kopi panas-panas, perggh 'heaven' lah.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.