Ini rahsianya buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak. Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
Pernah cuba makan Kerepek Labu? Sedap tau. Rasa rangup, lemak-lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai dimakan seisi keluarga. Malah kos nya juga tidak mahal. Hanya guna 2 bahan sahaja. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan labu dan potong ikut ira lekok labu. Buang bijinya. 2. Kupas kulit agak-agak sahaja. Jangan kupas terlalu tebal. Cukup sekadar agak-agak masih ada warna hijau pada labu. 3. Bila sudah selesai buang kulit, sagat nipis-nipis labu menggunakan penyagat. 4. Bila siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu sahaja. 5. Lapik tisu dapur atas talam. Letak kepingan labu yang di tos tadi dalam talam dan jemur.
6. Jemur hingga agak-agak kering di bawah matahari. Anggaran masa dalam ½ – 1 jam lebih kurang bergantung pada cuaca. Tujuan labu dijemur supaya nak bagi kerepek ini rangup bila digoreng.
7. Bila siap dijemur, panaskan minyak yang banyak dan goreng menggunakan api sederhana. 8. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan sejukkan. 9. Bila kerepek telah sejuk, boleh simpan dalam balang.
Resipi mudah ini pasti disukai oleh anak-anak. Snek kentang ini bahan asasnya ubi kentang. Rasanya rangup di luar dan lembut di dalam. Sambil goreng sambil mengunyah, memang enak di makan waktu panas.
STIK KENTANG KEJU
Bahan:
500 gram kentang
90 gram keju chedar parut
100 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sehelai seleri- cincang halus
Cara memasak:
1. Cuci kentang kemudian rebus kentang hingga masak lebih kurang 20 minit.
2. Sejukkan kemudian kupas dan haluskan
2. Masukkan tepung jagung, keju parut, daun seleri, garam dan lada hitam lalu gaul rata.
3. Bulatkan, kemudian buat bentuk memanjang
4. Goreng, siap untuk dihidang.
Tip:
1. Pastikan merebus kentang ketika airnya sudah betul-betul mendidih.
2. Agar tidak melekat, haluskan kentang ketika sudah sejuk (suhu ruang)
3. Agar hasilnya rangup dan lembut di dalam, pastikan goreng dengan api kecil dan
sebelum digoreng letak dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Sedapnya Onion Ring. Snek ringan yang diperbuat daripada gegelang bawang. Malah boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya adalah bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Malah lebih sedap kerana ada keju. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hayatie Ramli ni. Mudah dan enak.
King & Queen Bawa Pulang Wang Tunai RM300 Serta Barangan Eksklusif redONE MobileEmpat hari berkampung di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival...