Selain nasi, antara menu yang menjadi pilihan untuk dimakan pada waktu tengah hari adalah mi. Mi memang sedap dimakan panas-panas terutamanya yang berkuah. Kali ini, kami akan kongsikan resipi kuah mi hailam yang istimewa dan enak hasil perkongsian Hasniza Hassan. Istimewanya kuah ini kerana ia ditumis dengan lada hitam. Jom kita lihat resipi tersebut.

RESIPI MI HAILAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
  • 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
  • Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
  • 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
  • 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
  • 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
  • 1 biji tomato dibelah 2
  • 1-2 biji cili merah dipotong
  • Kobis dihiris dan sawi dipotong
  • Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 – 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang putih dan lada hitam.

 

2. Tumis hingga kekuningan.

 

3. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.

IKLAN

 

4. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

 

5. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat, nanti ia kecut.

 

6. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

 

7. Terus masukkan kobis.

 

8. Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

 

9. Gaul rata.

 

10. Masukkan mi.

 

11. Gaul rata dan terus hidang.

 

Jika anda sedang mencari periuk nasi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.

Kredit Resipi & Foto: Hasniza Hassan

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini: