Nak tau macam mana nak buat laksam yang lembut dan tidak melekat pada tudung periuk atau loyang. Korang boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Bukan hanya cara buat laksam je, cara buat kuah yang lemak berkrim tu pun turut disertakan supaya korang boleh bangga dengan hasil laksam air tangan sendiri dalam mood raya PKP ni.
LAKSAM KUAH LEMAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAKSAM:
2 1/2 cawan tepung beras cap teratai
1/2 cawan tepung gandum 3 cawan air panas 2 cawan air sejuk 1/2 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak Tudung periuk atau pizza non stick pan BAHAN KUAH: 1 kg ikan kembung/selayang | rebus sekejap,kisar isi ikan hingga halus 1/2 kg santan pekat 10 ulas bawang merah | tumbuk halus 4 ulas bawang putih | tumbuk halus 1 inci halia | tumbuk halus 1 sudu makan lada hitam | tumbuk halus 2 keping asam gelugor Garam secukup rasa 1 sudu the gula | tambahan sahaja jika suka BAHAN HIRISAN: 1 batang timun | hiris halus memanjang Kacang panjang secukupnya | hiris halus 1 mangkuk tauge yang telah dibersihkan Kubis secukupnya | hiris halus Daun kesum secukupnya | hiris halus Bunga kantan | hiris halus BAHAN TAMBAHAN: Sambal Cili CARA MEMASAK:
-
- Bancuh semua bahan sebati. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
- Masukkan satu senduk atau dua senduk adunan ke dalam tudung periuk atau loyang bulat atau pizza non stick pan dan kukus hingga masak.
- Bila permukaan menggelembung maknanya laksam dah masak, angkat dan sejukkan sebelum digulung.
- Setelah gulung ketepikan.
- Cara masak kuah: Campurkan bahan kisar halus dengan isi ikan yang telah dikisar tadi dalam periuk.
- Reneh bersama asam gelugor dan kacau sekali sekala.
- Tambahkan santan ke dalamnya bersama garam, lada hitam kisar dan gula jika suka. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
- Bila sudah cukup rasa masam, masin dan lemaknya.
- Selepas 2-3 minit, tutup api.
- Hidangkan bersama, laksam yang telah dipotong, bersama hirisan sayur dan sambal cili
Nota: Bila dah tutup api pun kena selalu kacau hingga wap hilang
Sumber: Fauzi Karim