Ads
Home Berita Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

Ads

Buah epal merupakan antara buah-buahan import yang paling digemari ramai dan sangat mudah didapati di negara kita. Di mana sahaja ada menjualkan sama ada gerai buah kecil mahu pun pasar raya besar dan ternama. Terdapat pelbagai jenama dan jenis epal untuk anda pilih.

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.
foto: thebalance.com

Namun, hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti pai atau pencuci mulut, buah epal mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan,

KHASIAT BUAH EPAL

  1. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, beta karotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
  2. Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai di dalam buah epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
  3. Kandungan agen antioksidan yang terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yang kering.
  4. Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
  5. Epal juga tidak mengandungi kolesterol serta lemak. Jadi bagi sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.
Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.
foto; mottsfresh.com

Kurang selera makan epal secara segar macam tu? Ini ada empat resipi berasaskan epal yang bukan sahaja kaya khasiat bahkan sedap dimakan. Selamat mencuba ya!

 

1.  AYAM SOS EPAL 

Ads

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul ayam bahagian dada |potong kecil
  • 1 biji telur
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • Lada hitam dan garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK SOS EPAL:

  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ½ cawan air
  • ¼ cawan jus lemon
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan madu
  • 1 biji epal |potong kiub kecil
  • 1/2 biji lemon | parut kulit

CARA MEMASAK:

  1. Mula-mula, gaul sebati ayam, garam, lada hitam dan telur.
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
  4. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos epal; Satukan air, pati ayam, jus lemon, gula dan madu. Masak sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan epal dan parutan kulit lemon dan masak hingga sos likat.
  7. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi. Taburkan bijan dan gaul sekata.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: untuk memekatkan lagi kuah, tambahkan bancuhan satu sudu makan tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air ke dalam sos semasa proses memasak.

2. APPLE ALMOND MUFFIN 

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung naik sendiri
  • 100gm gula kastor
  • 60gm mentega
  • 225ml susu segar
  • 1 biji epal dipotong dadu kecil (lebihkan epal jika suka)
  • Kepingan badam untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu segar.
  2. Gaul sebati dan masukkan potongan epal ke dalam adunan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
  4. Taburkan kepingan badam di atasnya.
  5. Bakar dengan suhu 200˚C hingga perang keemasan.
  6. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 minit dahulu sebelum dibakar untuk memastikan suhu oven sekata dan muffin naik kembang dengan baik. Campurkan coklat chip atau kacang walnut ke dalam adunan untuk rasa lebih menarik.

3. APPLE SLICE FRITTER 

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

  • 4 biji epal |potong dan buang tengahnya
  • 100gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 150ml susu segar
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan telur, susu segar, garam dan serbuk kulit kayu manis. Pukul sebati.
  2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga rata.
  3. Celupkan kepingan epal ke dalam adunan secara rata.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kepingan epal yang telah disalut tadi hingga berwarna perang keemasan dan garing.
  5. Angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
  6. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
  7. Info chef: Untuk lebih enak, selepas goreng, toskan minyak dan salut dengan gula perang. Hidang bersama aiskrim.

4. BROWNIES EPAL

Ads

Rahsia Dalam Sebiji Epal Yang Ramai Tak Peduli & Abaikan Pengambilannya.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji epal dipotong kiub
  • 250gm mentega
  • 200gm gula perang
  • 250gm gula kastor
  • 250gm tepung Red Rose
  • 5 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
  3. Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan gaul sebati.
  4. Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang sedikit nipis gunakan loyang 12cm x 12cm.
  5. Bakar dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
  6. Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Info chef: Picitkan sos karamel di atas kek untuk menambah keenakannya.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI