Rahsia Kari Ayam Kentang Pekat Likat, Macam Ni cara Buatnya

Share

Kari ayam adalah antara lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari. Kalau pagi boleh dimakan bersama roti.

Kalau tengah hari boleh dimakan bersama nasi, dipadankan dengan sayur dan sambal.

Jom kita cuba resipi kari ayam kentang yang pekat dan likat ini yang dikongsi saudara Khabbab Jamalludin.

 

KARI AYAM PEKAT & LIKAT

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (berat dalam 2kg lebih) | dipotong kecil-kecil
4 batang serai – beli online di sini
2 biji tomato
Air

TONTON Nasi Lemak Ayam Salted Egg & Nasi Ayam Blackpepper Di Temerloh Catering

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

BAHAN TUMIS:

1 biji bawang besar – beli online di sini


1-2 tangkai daun kari setangkai dua
4 ulas bawang putih (saya guna pes sendiri) – beli online di sini
1 inci halia –beli online di sini
Serbuk kari (saya gabung 2 jenis rempah, 250gm kari ayam/daging Baba’s+ 25gm serbuk kari masak merah cap O)
Cili kisar – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk rempah kari. Gaul-gaul manja je. Setakat ada warna kuning sikit-sikit. Saya suka ayam yang dipotong kecil-kecil kerana cepat masak dan lebih terasa.


2. Panaskan minyak masak. Tak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam tu. Goreng sekejap ayam yang kita dah perap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.
3. Jangan lama sangat nanti air ayam dia kering. Dan rempah kari kurang meresap bila kita masukkan dalam kuah nanti. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi dia tak mengembang dan tawar kalau masak lama-lama.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Minyak goreng ayam tadi, kita guna untuk tumis pula. Tumis sampai kekuningan.
5. Lepas itu boleh masukkan 1 sudu cili kisar. Saya guna ‘ibu sambal’ pak bidan je. Cili kisar akan bagi rasa melayu sikit pada rasa kari hampa kecewa.


6. Masukkan pes serbuk kari kacukan mamak yang kita dah jadikan pes sikit tadi.


7. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih-buih. Masa ni perlahankan api sekejap untuk bagi rempah pecah minyak.


*Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
8. Lepas pecah minyak sikit, (tak lama pun, dalam 3 minit lepas kita masukkan pes kari tadi), masukkan ayam yang kita dah goreng sedikit tadi.
9. Tambahkan air, jangan banyak sangat, sampai ngam-ngam tenggelam potongan ayam tadi.
10. Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk-aduk bila perlu.
11. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka) mengikut citarasa masing-masing.

Kredit resipi: Khabbab Jamalludin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff