Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Begini Cara Memasaknya

Share

Bagi peminat sajian Kari Ayam yang pekat, pasti tercari-cari resipi yang mudah dan enak untuk dicuba. Jangan risau kerana saudara Khabbab Jamalludin ada kongsikan resipi Kari Ayam kuah pekat yang boleh anda cuba. Pasti kena dengan selera semua. Enaknya…Selain dimakan bersama nasi, ia juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng bahkan Roti Jala juga sesuai. Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI KARI AYAM KUAH PEKAT LIKAT YANG SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam bersaiz besar (anggaran 2 kg) – dipotong kecil
Minyak masak

Ubi kentang – direbus
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya beli online disini

BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – dihiris


1-2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 sudu makan cili kisar 
4 batang serai – diketuk
2 biji tomato – dipotong kecil
Air
250gm serbuk kari kari ayam/daging Baba’s beli online disini
25gm serbuk kari masak merah Cap O beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan sedikit serbuk rempah kari. Gaul manja sahaja setakat untuk ada warna kekuningan sedikit.


2. Serbuk kari digabungkan 2 jenis rempah ini : Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (tolak sikit sebab guna untuk lumur ayam tadi) dan Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g. Ini rempah dia ada macam manis sikit. Serbuk kari digabungkan dan dicampurkan air sampai jadi pes.


3. Panaskan minyak masak. Tidak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam sahaja. Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.


4. Jangan lama sangat nanti air ayam kering & rempah kari kurang meresap bila masukkan dalam kuah nanti.

Angkat dan ketepikan.
5. Dengan guna minyak gorengan ayam, tumis bawang hingga kekuningan menggunakan api besar.


6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.


7. Masukkan campuran serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari mulai hilang dan mula berbuih buih. Biar hingga pecah minyak.


8. Lepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng sedikit tadi. Tambahkan juga air. Sukatannya tidak banyak. Cukup sekadar sampai tenggelam potongan ayam tadi.
9. Masukkan tomato, serai, dan ubi kentang dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk aduk bila perlu.


10. Bila kuah sudah sebati, tambahkan garam dan gula melaka mengikut citarasa masing masing.
11. Kari Ayam kaw sedia untuk diikmati bersama potong rori beggali atau nasi. Selamat mencuba.

Tip: Untuk memudahkan tumisan pecah minyak adalah perlu guna minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti. 

 

Kredit resipi & foto: Khabbab Jamalludin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur