Rahsia Kari Kambing Sedap, Kena Cuba Ni!

Share

Sebut menu kambing ramai yang tidak makan daging ini,  tapi  jika kena gaya masak dan ramuannya hidangan ini sangat sedap.  Apa kata anda cuba  masak kari kambing ala India ini. Biarpun tanpa santan, rasanya tetap memukau, tidak pedas dan  daging kambing ini langsung tidak ada bau hamis. Jadi jangan lupa cuba menu yang sedap ini.

KAMBING VANDALOO

Bahan-bahan:

  • 500gm daging kambing-potong dadu
  • 1 biji tomato-kisar
  • 3 tangkai cili merah -kisar
  • 1 tangkai daun pudina-kisar
  • 3 pokok ketumbar-kisar
  • 4 ulas bawang merah-hriis
  • 4 ulas bawang putih-hiris
  • 3cm halia-hiris halus
  • 1batang serai-titik
  • 3 sudu besar rempah kari
  • Rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage)
  • 250gm yogurt
  • 200 ml susu segar
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MASAK:

  1. Bersihkan daging kambing dengan tepung dan perahan limau nipis, Gaul rata dan bersihkan dengan air. Kemudian tos.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, bersama serai dan  bahan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyajk.
  4. Masukkan pula daging kambing, kacau hingga daging kecut.
  5. Tuangkan susu cair bersama yogurt dalam masakan, kacau rata.
  6. Kecilkan api, biarkan mereneh hingga pecah minyak, angkat dan hidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin