Rahsia “Kejelitaan” Kuih Cek Mek Molek Yang Dicari-Cari Orang Ramai

Share

Kuih Cek Mek Molek kuih tradisi kegemaran orang pantai timur. Ramai yang tahu kuih Cek mek Molek ni kebiasaannya menggunakan keledek berwarna oren barulah naik berseri kuih Cek Mek Molek ni. Tapi tak ramai yang tahu macam mana nak dapatkan kuih Cek mek Molek yang jelita. Hari ni admin nak kongsikan rahsia kejelitaan kuih Cek Mek Molek yang mungkin ramai lagi yang tertanya-tanya dan masih gagal buat kuih Cek Mek Molek ni.

Ada beberapa tip yang boleh di cuba antaranya adalah:

 

Cantiknyaaaa pressure cooker warna pink ni! Kalau jadikan barang hantaran pun ngam ni! Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker

dengan harga istimewa guna code RASGSP5 DISINI!!

 

 

Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.

(bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi kulit. Lepas tu, baru perlahankan api.

*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.

**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan buang sikit air gula sebab manis sangat

Ada tip lain untuk adunan pula yang pastikan jangan derhaka takut tak jadi jelita kuih Cek Mek Molek nanti:

*Bahagian ni susah bab nak bagi sukatan sebab bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.

Yang saya guna ni, ubi keledek

yang kulit OREN KEMERAHAN (isi oren).

Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk – kasi kering air (jangan letak air banyak sangat).

Saya sejukkan depan kipas *pastikan kipas bersih tak bersawang

Lenyek ubi, saya lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh)

Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan gandum sikit demi sedikit, uli sampai tepung tak lekat pada tangan. Pastikan jangan banyak tepung. Nanti keras.

Tepung ni nk bagi ubi keledek jadi doh je. Sikit je guna.

***Ada tips letak baking powder, ada yang letak marjerin. Untuk adunan saya guna ni, saya guna tepung gandum je. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, boleh tambah masa uli.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ju Mohamad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid