
Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Menurut beliau, resipi kuih ini adalah hasil R&D beliau sendiri. Hasilnya memang lembut dan tak liat. Nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang digunakan.
KUIH KASWI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 cawan gula merah
- 2 sudu makan air kapur ( jangan terlalu jernih. Ambil pekat sikit)
- 1/2 sudu teh garam
- 3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.
8. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sangat Mudah. Resipi Ubi Kayu Pelangi Sedap Untuk Minum Petang.

Tercari-cari juadah mudah untuk dijadikan hidangan minum petang? Resipi Ubi Kayu Pelangi perkongsian Pn Qiha Fareesya ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba.
CARA MASAK UBI KAYU PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ubi kayu
- 2 genggam kelapa parut putih – dikukus seketika supaya lambat basi
- Serbuk agar-agar warna jernih
- Gula
- Garam
- 150ml santan kotak
- Pewarna pilihan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ubi kayu dipotong kecil. Kemudian kisar dengan sedikit air.
2. Perah kisaran ubi kayu menggunakan penapis kain. Jangan sampai terlalu kering.
3. Biar air perahan di dalam bekas dan jangan dibuang. Beningkan seketika supaya pati ubi kayu mendap di dasar bekas. Buang air di bahagian atas.
4. Ambil pati mendapan ubi kayu dan gaul dengan ubi kayu yang diperah tadi hingga sebati.
5. Panaskan pengukus dan sediakan loyang atau bekas bersesuaian. Lapik plastik bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
6. Satukan semua bahan kecuali pewarna, garam dan gula. Gaul sebati.
7. Bahagikan kepada 3 bekas untuk diwarnakan dan ditambah perasa.
8. Tambah gula dalam bekas berisi adunan hijau. Jumlah gula bergantung pada selera masing-masing.
9. Lapisan kuning di tambah dengan sedikit garam. Gaul sebati.
10. Bagi lapisan pink, ia juga ditambah gula secukupnya supaya menjadi lapisan manis.
11. Ambil adunan hijau. Ratakan dalam loyang. Kukus selama 10 minit.
12. Masukkan lapisan kuning. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit.
13. Akhir sekali, masukkan lapisan berwarna pink. Ratakan dan kukus hingga masak.
14. Bila kuih sudah masak sempurna, keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
15. Gaul potongan kuih ke dalam parutan kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Pn Qiha Fareesya
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Gebu…Ini Resipi Apam Puteri Ayu Coklat Paling Sedap & Mudah.
Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Ni Memang Kena Cuba.
Resipi Apam Kampung Gula Merah Kurang Manis, Mudah & Sedap

Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Imah Halimah ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Tak payah susah-susah nak timbang bagai. Lebih istimewa, resipi kuih ni juga tidak terlalu manis. Sesuai sangat bagi anda yang tak suka guna gula banyak dalam penyediaan kuih. Nanti bolehlah buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
CARA MUDAH BUAT APAM KAMPUNG GULA MERAH KURANG MANIS
BAHAN A:
- 1 paket yis segera (instant yis 11gm) – beli ONLINE
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 cawan air suam
BAHAN B:
- 1/2 cawan gula merah – beli ONLINE
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan – simpul
- 2 cawan air
BAHAN C:
- 4 cawan tepung gandum – beli ONLINE
- Secubit garam
BAHAN D:
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A dan rendam selama 10 minit sehingga yis naik.
2. Masak bahan B hingga mendidih. Biarkan sejuk dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula.
3. Dalam bekas berlainan, gaul bahan C dan buat lubang di tengah. Masukkan bahan A ke dalam bahan C. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan B (air gula) ke dalam campuran tadi.
5. Kacau rata sehingga tiada tepung yang berketul.
6. Masukkan 1/2 cawan air (bahan D) pada adunan. Kacau rata.
7. Perap adunan sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup bekas semasa perap. ( Empunya resipi perap selama 1 jam 30 minit)
8. Adunan akan naik 2 kali ganda selepas diperap. Semakin lama diperap, adunan akan jadi semakin mengembang dan ringan.
9. Ambil loyang bersaiz 9 atau 10 inci dan oleskan dengan minyak. Kukus selama 45 minit – 1 jam. Pastikan air kukusan telah mendidih sebelum letak loyang.
10. Bila sudah masak, biarkan seketika. Potong semasa suam.
11. Sedia untuk dinikmati bersama kelapa parut yang telah dikukus dan dicampur dengan sedikit garam.
Kredit resipi & foto: Imah Halimah
Nak beli PENGUKUS? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Boleh juga try resipi-resipi KEK yang mudah & sedap. Berbaloi cuba.
Kek Span Pandan Santan Guna Sukatan Cawan. Baru Belajar Buat Pun Confirm Jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Idea Jamu Selera Tetamu Yang Pasti Buat Mereka Teringat-Ingat

Isi Kandungan
Toggle
Hujung tahun seperti sekarang selalu dijadikan peluang untuk bercuti sambil menziarahi teman-teman. Kalau ada tetamu nak datang datang rumah,
korang jangan pening nak masak apa. Nah, RASA kongsi resipi mudah yang mesti buat tetamu teringat-ingat keenakan masakan korang nanti.
Pastri Puff Kastard Buah-Buahan
Bahan Pastri Puff
2 peket Square Pustry Puff
1 biji kuning telur-untuk sapuan
Serbuk gula (hiasan)
Buah-buahan (kiwi, anggur dan strawberi)
Bahan Filling Kastard
400 ml susu segar
100 gm gula kaster
60 gm tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar mentega
Cara memasak
1. Pastri Puff: Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 inci kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan
sampai putus.
2. Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya. Tekan sedikit atau sapu sedikit
air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit. Ketepikan.
4. Filling Kastad: Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
5. Masak atas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
6. Masukkann ke dalam mangkuk, biarkan seketika.
7. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastri puff, hias dengan hirisan buah kiwi, anggur dan strawberi.
8. Akhir sekali hiaskannya dengan serbuk gula.
Pulut Dendeng
Bahan-bahan
1 kg pulut susu
3 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam dan gula
1 helai daun pandan
2 mangkuk serunding dendeng
Cara memasak
1. Cuci beras pulut, kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan rendam sekurang-kurangnya satu jam.
2. Panaskan pengukus. Kukus pulut bersama daun pandan hingga masak lebih kurang 20 minit.
3. Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas.
4. Gaul pulut dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula.
5. Setelah sebati, masukkan semula dalam pengukus dan kukus lebih kurang 5-10 minit lagi.
6. Cara melapis pulut: Alaskan loyang dengan plastik empat segi (agar mudah dikeluarkan dari dalam loyang).
7. Masukkan pulut dalam loyang, tekan dan padatkannya lebih kurang ½ inci.
8. Kemudian lapiskan pula dengan serondeng daging dendeng di seluruh permukaan pulut.
9. Seterusnya, lapiskan pulut sekali lagi di atas lapisan serondeng daging dendeng.
10.Kemaskan seperti membuat lapisan pertama tadi.
11. Akhir sekali potong bentuk empat segi tepat dan hidangkan.
Roti Jala
Bahan Roti Jala
500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Bahan Kari Ayam
1 kg ayam-potong kecil, bersih dan tos
3 cawan santan
3 sudu besar rempah kari
Rempah penumis-kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu pes cili kering
4 ulas bawang putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
3cm halia-hiris
1 batang serai-titik
1 tangkai daun kari
Sedikit air asam Jawa
Garam gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara memasak roti jala
1. Campurkan semua bahan dalam pengisar kecuali pewarna.
2. Kisar hingga halus, kemudian titikan beberapa titik pewarna kuning dan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air dan kisar semula.
3. Tapiskan adunan dalam bekas.
4. Panaskan kuali leper non stick atas api kecil. Untuk pertama kali sapukan dengan sedikit minyak.
5. Dengan menggunakan acuan roti jala mulakan proses menjala dan melipat sehingga habis. Ketepikan.
6. Kari Ayam: Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau, diikuti pula rempah penumis dan daun kari. Kacau lagi.
7. Masukkan pes cili dan kacau seketika, kemudian masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
8. Setelah pecah minyak masukkan ayam, gaul rata dan tutup periuk seketika hingga ayam kecut.
9. Masukkan santan dan serai. Seketika kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
10. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh lebih kurang lima minat atau sehingga pecah minyak.
11. Angkat dan hidangkan bersama roti jala.
Selamat mencuba!