Tak suka pedas, anda boleh cuba masak Kurma Ayam. Di hujung minggu ni bolehlah buat lebih kerana kurma bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih, tetapi juga sedap disajikan bersama roti jalan, roti, nasi impit atau roti prata atau canai frozen. Macam mana nak memasaknya, berikut dikongsikan resipinya, bolehlah cuba ye.

AYAM MASAK KURMA:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
1 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
  3. Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kentang.
  5. Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
  6. Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
  7. Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili.
  8. Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.

INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.

Ads

Lagi resipi berkaitan:

Ads

https://www.rasa.my/dua-menu-ayam-sedap-paling-senang-masak-comfirm-sekeluarga-suka/
https://www.rasa.my/tak-rugi-masak-ayam-serai-thai-ni-sedap-padu/
https://www.rasa.my/ayam-masak-cili-hijau-petai-padu-sedapnya-gerenti-makan-bertambah/
https://www.rasa.my/cara-masak-ayam-panggang-homemade-sedap-macam-di-bazar/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI