Bila melawat Indonesia, rasanya tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan Martabak. Ia merupakan salah satu ‘street food’ wajib cuba bila berkunjung ke negara jiran ini. Rupanya kelihatan seperti Apam Balik di Malaysia. Intinya pula pelbagai. Tak ubah seperti yang dijual di negara kita. Tapi, takkan tiada beza? Kalau nak tahu dan nak belajar cara-cara menghasilkan Martabak dan Apam Balik yang sedap dan mudah, jom lihat resipi-resipinya.
1. APAM BALIK
BAHAN ADUNAN BATTER:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan garam dan gula. Pukul sehinga gebu.
2. Masukkan serbuk penaik, esen vanilla dan sedikit air. Kacau sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum secara berperingkat. Sebatikan dan rehatkan adunan selama 20-30 minit.
4. Masukkan marjerin ke dalam kuali, kemudian tuangkan adunan.
5. Ratakan adunan tersebut sebelum memasukkan jagung tin, kacang tanah, kelapa parut dan bijan.
6. Masak sehingga garing dan rangup. Sedia untuk dihidangkan
2. MARTABAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan susu, tepung dan minyak masak. Pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Tuang adunan ke dalam kuali tahan lekat. Masak guna api perlahan hingga martabak masak.
4. Angkat dan sapukan marjerin. Kemudian parutkan coklat, keju dan tuang susu pekat manis secukupnya.
5. Potong dan sedia untuk dinikmati.
Cuba Juga: