Rupanya tidak susah untuk hasilkan intikacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Haliza Zainol ni boleh dicuba.
CARA MASAK INTI KACANG MERAH SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
200gm kacang merah
Daun pandan secukupnya
1/2 cawan gula merah
Gula pasir ikut kesesuaian rasa
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2-3 sudu makan tepung gandum
Air untuk merebus kacang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rendam kacang merah semalaman. Kemudian toskan air dan cuci bersih.
2. Rebus kacang bersama daun pandan sehingga empuk.
3. Masukkan kacang ke dalam blender. Tambah air rebusan dan kisar halus.
4. Masukkan kacang kisar ke dalam kuali. Tambahkan juga daun pandan, gula merah, gula putih dan garam. Jumlah gula putih ikut tahap kemanisan yang disukai.
5. Kacau pes kacang menggunakan api sederhana hingga hampir kering.
Ads
6. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
7. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga kering. Tujuan guna minyak masak adalah untuk menjadikan inti kacang jadi berkilat. Inti yang dimasak hingga kering juga boleh tahan lebih lama.
Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba!
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
4. Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
5. Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. (empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit)
6. Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. (empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak)
Terasa nak makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Seri Kaya atau Kuih Tok Aji Serban di Terengganu tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Rozmaliza Omar. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak. Selamat mencuba!
2.Masukkan beras pulut ke dalam loyang saiz 7 inci dan tuangkan santan. Pastikan beras pulut tenggelam kesemuanya ke dalam santan. Jika kurang santan, tambahkan sedikit air.
3.Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus pulut hingga betul-betul masak.
4.Guna sarung tangan plastik dan tekan pulut tadi hingga padat.
5.Dalam periuk yang lain, masak gula nissan, gula dengan air hingga larut. Biarkan betul-betul sejuk terlebih dahulu agar telur tidak berketul-ketul bila dicampur nanti.
6.Pukul telur dan masukkan ke dalam gula nissan yang cair tadi dan ramas-ramas dengan guna tangan/ whisk sampai adunan berbuih (Daun pandan di ramas dalam telur untuk dapatkan aromanya kemudian asingkan)
7.Tuangkan adunan campuran telur dan gula nissan ke atas pulut tadi dan kukus sekali lagi selama 20 hingga 30 minit.
8.Setelah sekaya nampak mengelembung dan cukup masa masak, bolelah tutup api.
Malam Tahun Baru Cina adalah malam di mana keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar bersama keluarga. Hidangan tradisional mereka sering dikaitkan dengan kesejahteraan, tuah dan keuntungan besar.
Masa inilah bermacam hidangan lazat dihidangkan. Di antara makanan utama yang dihidangkan semasa makan besar adalah ikan, ladu (dumpling), popia, tangyuan (bebola nasi manis), buah limau, niangao (kek beras pulut) dan mi panjang umur.
NI 7 Hidangan yang harus ada pada malam menjelang Tahun Baru Cina seperti dikongsikan oleh Hana Japre dalam Ohhangat.com.my.
1. IKAN
Ikan sering menjadi menu utama di malam Makan Besar. Dipercayai kaum Cina sering memilih ikan sebagai menu utama semasa makan besar kerana sebutannya dalam bahasa Cina iaitu yú membawa maksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun yang mendatang. Ayam dan itik juga sering dihidang sebagai menu tambahan.
2. LADU
Ladu ialah menu klasik masyarakat cina yang berbentuk bujur. Ia sering disajikan semasa Tahun Baru yang membawa makna kekayaan.
Menurut lagenda, jika seseorang itu makan ladu dengan banyak semasa Tahun Baru, maka mereka akan memperoleh banyak wang.
4. POPIA
Membawa maksud kekayaan, popia sebenarnya adalah hidangan dim sum berintikan sayur, daging atau bahan-bahan yang manis, yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng hingga keemasan. Popia merupakan menu yang popular di Timur China.
4. BEBOLA PULUT MANIS ( TANG YUAN)
Menu popular lain adalah bebola pulut manis (tangyuan), yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk tangyuan yang bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu.
5. MI PANJANG UMUR
Mi panjang umur (longevity noodle) pula dihidangkan bagi melambangkan kebahagiaan dan umur yang panjang.
6. LIMAU MANDARIN
Buah-buahan juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa makan besar atau sepanjang Tahun Baru. Buah yang sering dihidangkan adalah limau, oren dan limau bali kerana bentuknya yang bulat serta warnanya yang ‘keemasan’ memberi makna kekayaan dan ‘penuh’.
7. KEK BERAS PULUT (KUIH BAKUL)
Menu lain yang turut disajikan adalah kek beras pulut (niangao). Menurut kepercayaan kaum Cina, niangao memberi maksud ‘semakin tinggi setiap tahun’. Kuih ini kurang dikenali generasi masa kini berbanding generasi yang berusia .
Ni min kongsikan resipi kuih bakul , kuih tradisional Cina yang patut diwarisi generasi muda tak kira bangsa.
KUIH BAKUL (Kek Beras Pulut)
BAHAN-BAHAN :
450 gram tepung pulut
188 gram gula perang
188 gram gula putih
750 gram sirap golden
370ml air
4 atau 5 tin loyang berukuran 10cm
Daun pisang dilayur
Cara Membuat Kuih Bakul
1. Gaulkan tepung pulut dengan air sehinggalah sebati adunan. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Mengikut kesesuaian anda biarkan lebih kurang 15 minit.
2. Alas tin dengan daun pisang.
3. Selepas itu, didihkan air dan tuangkan separuh adunan ke dalam tin.
4. Kukus selama 7 atau 8 jam mengikut kesesuaian anda.
5. Apabila kuih sudah masak, ia akan kelihatan berwarna coklat. Biarkan ia semalaman sebelum mengeluarkan kuih itu dari tin.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.