Rahsia Masak Inti Kacang Merah Sedap, Likat & Tahan Lama.

Share

Rupanya tidak susah untuk hasilkan inti kacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng

, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Haliza Zainol ni boleh dicuba.

 

CARA MASAK INTI KACANG MERAH SECARA HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm kacang merah
  • Daun pandan secukupnya
  • 1/2 cawan gula merah
  • Gula pasir ikut kesesuaian rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2-3 sudu makan tepung gandum
  • Air untuk merebus kacang secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Rendam kacang merah semalaman. Kemudian toskan air dan cuci bersih.

2. Rebus kacang bersama daun pandan sehingga empuk.

3. Masukkan kacang ke dalam blender. Tambah air rebusan dan kisar halus.

4. Masukkan kacang kisar ke dalam kuali. Tambahkan juga daun pandan, gula merah, gula putih dan garam. Jumlah gula putih ikut tahap kemanisan yang disukai.

5. Kacau pes kacang menggunakan api sederhana hingga hampir kering.

6. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.

7. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga kering. Tujuan guna minyak masak adalah untuk menjadikan inti kacang jadi berkilat. Inti yang dimasak hingga kering juga boleh tahan lebih lama.

8. Siap dan sedia untuk digunakan.

 

Kredit resipi & foto: Haliza Zainol

Published by
Nur