Rahsia Masak Kuah Mee Bandung Paling Cepat Tapi Sedap

Share

Terasa nak makan Mee Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Wafiza Amir ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

RESIPI KUAH MEE BANDUNG SEDAP & CEPAT MASAK

BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar  beli online disini
1 biji bawang merah – tumbuk kasar beli online disini


Isi udang secukupnya
Isi ayam secukupnya
Cili kisar secukupnya – jumlahnya bergantung pada kepedasan yang disukai
3 sudu makan sos tomato beli online disini
Sayur secukupnya (tomato, kubi, jagung muda, cili padi)
1 jug air atau secukupnya
2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air) beli online disini
3 biji telur
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Mi kuning secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air panas dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Dalam periuk berlainan, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.


2. Masukkan isi ayam dan udang. Tumis lagi hingga masak.


3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili pecah minyak.
4. Setelah cili garing, masukkan air. Kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan sos tomato dan juga sayur-sayuran. Biar hingga sayur lembut.

6. Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan.
8. Bila kuah sedang menggelegak kuat, pecahkan telur kemudian terus tutup api.


9. Kuah Mee Bandung siap untuk dihidangkan bersama dengan mi kuning yang telah dicelur dengan air panas.

Kredit resipi & foto: Wafiza Amir

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur