Maggi goreng merupakan antara menu kegemaran ramai kalau pergi ke kedai mamak. Kalau rindu nak makan maggi goreng mamak, tak perlu ke kedai dah. Boleh je buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sahaja cara nak membuatnya. Jom kita cuba lihat resipi perkongsian beliau.
MAGGI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 3 bungkus maggi | rebus separuh dan toskan air
- 1 biji bawang merah | saiz besar, potong kasar – beli online DISINI
- Lobak merah | potong memanjang – beli online DISINI
- Daun sup atau daun kucai
- Cili
- 3 sudu besar cili boh atau cili kisar
- Garam – beli online DISINI
- Gula – beli online DISINI
- Kicap manis – beli online DISINI
- Kicap masin
- Udang atau sotong | jika suka
- Minyak
- Sebiji telur
- Sepaket perencah maggi
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang merah dan lobak merah.
- Bila dah pecah minyak, masukkan kicap manis, kicap masin, garam, gula, perencah maggi serta udang atau sotong. Kacau dalam 3 minit.
- Kemudian, masukkan maggi dan kacau sebati. Kecilkan api.
- Pecahkan telur dan tunggu sehingga 3 minit, barulah kacau.
- Masukkan daun bawang dan cili. Siap!
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: