Sajian mee celup popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam, ianya tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya mudah hanya kuah yang paling penting dalam menghasilkan mee celup ni. Nak tau apa yang rahsianya jom cuba!
RESIPI MEE CELOP SEDAP DAN MUDAH
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
3 bungkus sup bunjut
6 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
Kicap adabi
Daging seketul 1/2kg (tak perlu potong, letak seketul terus, orang klate panggil buku besar,,hihii)
Masukkan air ke 2 jug besar ke dalam periuk, masukkan semua.
CARA MEMASAK:
Bahan diatas direbus sampai menggelegak, masukkan garam, perasa jika perlu, serbuk cukup rasa sikit akhir sekali masukkan kicap.
Perut lembu kena rebus asing, jangan campur sekali dalam kuah diatas.
SAMBAL LADA:
*kisar cili padi dengan cuka
IKLAN
LADA JERUK:
*basuh lada besar hijau dan toskan. Bila dah betol2 kering, potong kecik2 dan masukkan ke dalam botol. Masukkan cuka sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.
MINYAK BAWANG PUTIH: (Inilah Rahsia Kesedapan Mee Celup)
IKLAN
3 labu bawang putih
Potong bahagian depan dan hujung, jangan dibuang sampai licin, tinggalkan sedikit kulit bawang pada bawang dan basuh basuh.
Tumbuk bawang sampai lumat, jangan kisar sebab tak nak ada air,
CARA MEMASAK:
Kemudian panaskan 2 cawan minyak, masukkan bawang putih, goreng sampai garing. AWAS!!! Jangan sampai hangit, angkat dan sejukkan, tutup rapat dalam botol, boleh simpan untuk guna lain hari atau buat stok.
*Sawi dipotong kecil dan gaulkan dengan taugeh,rendam dalam air.
. BAHAN LAIN:
IKLAN
Gula
Garam
Serbuk cili
Lobak masin
Daun sup
Bwg goreng
Asam limau nipis(x sedap limau lain)
Serbuk lada putih
Kcg tanah goreng dan ditumbuk,
Bihun
Mee
Kueh tiaw
CARA MEMASAK:
Dah siap semua angkat daging dalam kuah yang direbus tadi dan toskan dan potong kecil2
Potong perut kecik2
Cara makan: Mula-mula masukkan bihun/mee/kueh tiaw dalam mangkuk, masukkan sayur, lauk, garam, gula, sambal lada, lada jeruk, serbuk lada, minyak bawang putih, daun sup dan bahan2 lain di atas pastikan kuah menggelegak ye,hati2 masa cedok kuah tu. Masukkan dalam mangkuk, kasi asap naik sikit, baru tabur daun sup, bawang goreng dan perah asam limau. Siap dan sedia untuk dimakan.
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba.
RESIPI TOMYAM PUTIH UDANG
BAHAN-BAHAN:
Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Hari ni minum petang kita buat menu yang simple jer. Bahan-bahannya pun senang nak dapat dan mungkin ada di setiap rumah. Kita guna hanya empat bahan nak buat apam koko ni.
Apam koko Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula(boleh tambah) 4 sudu besar serbuk koko ½ sudu besar yis segera 1 1/2 cawan air
Cara membuat: 1.Ayak tepung dan koko,masukkan gula,yis dan akhir sekali air jadikan adunan yang licin. 2.Perap lebih kurang satu jam atau hingga naik, adunan agak pekat. 3.Sapu minyak pada acuan kecil, kukus api besar selama 15 minit. *apam tahan sehingga 2 hari simpan di tempat yang bertutup.
Pasti ramai yang mengemari masakan Minang atau Padang, yang berasal daripada negara tetangga, Indonesia. Bahkan di negara kita, terdapat masyarakat yang berketurunan Minang yang berasal daripada Bukit Tinggi dan Padang, Indonesia. Masakan ini rata-ratanya pedas namun sangat sedap. Anda boleh cuba!
1. MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm urat tunjang/keting
750ml santan
1 liter air
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
100gm cili merah
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4cm lengkuas
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | Rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1biji tomato | potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
3. RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |potong
2 liter santan
2 batang serai |racik halus
1 batang serai |titik
4 helai daun limau purut
2cm asam gelugur
2 helai daun kunyit |hiris
BAHAN KISAR:
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
100gm cili besar merah
12 biji bawang merah
100gm cili padi merah
2cm halia | bakar sedikit
2cm lengkuas
3cm kunyit | bakar sedikit
1/2 sudu makan ketumbar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh jintan | sangai
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...