Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
Ads
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikn jee…
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°° BAHAN-BAHAN :
100gm coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Ads
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkn & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
Ads
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
Kredit: BBOS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila masuk aje bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL ni ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.
Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN :
2 mug beras | rendam dalam 20 minit
1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
1 bungkus kecil rempah sup
250ml santan
3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang merah | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
1.5sm halia | dikisar
1kiub pati kiub lembu | jika suka
Kentang secukupnya | dipotong kiub
Lobak merah | dipotong kiub
Daun sup | untuk ditabur
Bawang goreng | untuk ditabur
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
Rebus beras sehingga nampak lembut.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
Siap untuk dihidang
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.
Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur tradisional sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur tradisional yang manis dan mudah masak yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
4. BUBUR JAGUNG SAGU
BAHAN-BAHAN:
200gm jagung
100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
700ml santan
250gm gula melaka
100gm gula
2 helai daun pandan|disimpul
CARA MEMASAK:
Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.
Info Chef: Untuk hidangan ini, gunakan jagung segar yang telah dihiris dari tongkolnya.
5. BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
600ml santan
250gm pulut hitam
250gm gula
2 helai daun pandan|disiat dan simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Rendam bubur hitam selama satu jam agar ia bersih dan kembang dengan sempurna
Selain dimakan begitu saja, Rendang Ayam sebenarnya boleh diolah menjadi satu resipi mudah iaitu Quiche Rendang Ayam. Confirm laku hidangan ni. Mana tidaknya, rasa rendang yang enak dan wangi ditambah dengan taburan keju buat anda tak jemu menikmatinya.
Lebih-lebih lagi apabila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Keju gabungan mozzarella, cheddar dan parmesan ini memberi hasil kerak perang keemasan yang cukup sempurna dan lazat. Memang kena cuba resipi ni tau!
QUICHE RENDANG AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
2 ½ cawan tepung gandum
225gram Anchor Butter Unsalted – sejuk
7 sudu makan air sejuk + ais
½ sudu teh garam
BAHAN-BAHAN B:
150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN-BAHAN RENDANG:
800gram ayam – potong kecil
1 cawan santan
10 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
8 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
2 biji buah keras – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
2 batang serai – kisar
2 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut – siat-siat
Garam dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pastry; satukan semua bahan A di dalam food processor lalu uli sebati (jangan terlebih uli). Uli sekejap hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Tutup guna cling wrap dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Sementara itu untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga agak empuk. Masukkan kerisek, daun limau purut, garam dan gula perang secukupnya. Masak lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan.
Sediakan muffin tray lalu disapu dengan Anchor Butter Unsalted
Keluarkan doh dari peti sejuk, canaikan dengan ketebalan yang diingini. Potong pastry yang telah dicanai mengikut size muffin tray. Letakkan doh yang telah dicanai tadi ke dalam muffin tray lalu kemaskan kelilingnya.
Masukkan rendang ayam secukupnya ke dalam muffin tray lalu ambil sekeping pastry dan tutup atas setiap quiche.
Sapu permukaan quiche dengan kuning telur. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40-50 minit atau hingga quiche masak keperang-perangan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.