Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal. Memang sedap!

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.
foto: http://lobaksusue.blogspot.my

Tujuannya adalah untuk menyedapkan lagi masakan tersebut, memekatkan kuah serta memberikan rasa lemak dan harum kelapa pada masakan. Selain itu, penggunaan kerisik dalam masakan juga akan menghasilkan hidangan yang tahan lama serta lambat basi. Patutlah hidangan yang dimasak oleh orang-rang tua dahulu mempunyai rasa yang sangat sedap dan tahan lama. Padahal, dahulu kala, tiada bahan pengawet malah peti sejuk pun amat jarang sekali ada di dapur-dapur orang kampung.

Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat menggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang sedia siap ( ready made) kerana khuatir ia adalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau pelik serta kurang enak.

Anda nak belajar cara-cara buat kerisik? Mudah sahaja. Sambil-sambil melayan anak di rumah pun, anda boleh hasilkan bahan masakan ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Cara-Cara Nak Hasilkan Kerisik Homemade

BAHAN-BAHAN:

  • Kelapa parut – jumlah bergantung kepada citarasa anda
  • Kuali
  • Lesung batu atau pengisar

CARA-CARA:

1. Letak kuali di atas dapur dan panaskan.

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

Ads

2. Masukkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak hingga kelapa garing dan bertukar warna.

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

3. Angkat kelapa goreng dan masukkan ke dalam lesung yang kering. Jangan guna lesung yang basah kerana kerisik akan rosak dan tidak menjadi. Tumbuk semasa kelapa masih panas sehingga kerisik menjadi berminyak. Jika kurang rajin, boleh juga kisar menggunakan mesin.

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

4. Setelah siap, simpan di dalam bekas bertutup. Tak perlu simpan dalam peti sejuk pun.

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

5. Sedia untuk digunakan dalam masakan anda!

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

Kredit resipi & gambar: Blog namakucella (http://namakucell.blogspot.my)

Ads

 

 

Ha…Kerisik homemade pun dah tahu buat kan? So, jom kita belajar masak resipi Asam Tumis Ayam Kerisik. Perghhh…Memang mari rasa dia!

ASAM TUMIS AYAM KERISIK

Rahsia Nenek Moyang Suka Campur Kerisik Dalam Masakan. Ada Kisah & Bukan Suka-Suka Rupanya.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ayam  |potong kecil
  • 1 liter air
  • 2-3 sudu makan air asam
  • 1 batang serai  |dititik
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN (B):

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas muda
  • 2cm kunyit hidup
  • ½ sudu teh jintan manis
  • ½ sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
  2. Panaskan 2-3 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B hingga pecah minyak. Masukkan serai dan tumis lagi.
  3. Masukkan air, air asam jawa dan ayam.  Didihkan hingga ayam empuk.
  4. Masukkan kerisik dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI