Rahsia Peria Goreng Mamak Cepat Sold Out! Senang Jer Bahannya Gerenti Sedap!

Share

Karela Fry atau mudah dipanggil peria goreng adalah salah satu makanan sampingan yang popular di restoran mamak. Untunglah kalau time pergi tu peria baru digoreng panas-panas lagi.. kalau silap time dapatlah yang dah lemau sikit. Peria goreng ini sedap dimakan bersama dengan nasi panas bersama kuah kari campur. Ia cukup popular di seluruh India utara, di India selatan ia dikenali sebagai kakarakaya goreng.

Peria sangat bagus dalam membantu menjaga kulit kita agar kelihatan segar dan bersinar jika dimakan dengan kerap, ia juga menjadikan sistem imunisasi tubuh lebih kuat disamping membantu orang yang mengalami sembelit dan banyak lagi.

Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.

Cara menghilangkan rasa pahit peria:

  • GARAM
    Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.
  • GULA PASIR
    Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu.
  • DAUN JAMBU BIJI
    Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.

 

Resepi Peria Goreng

Bahan:

  • 3 buah peria dikupas dan dipotong menjadi bentuk cincin
  • garam – secukup rasa
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak
  • ¾ sdt Serbuk cili merah
  • ¾ tsp daun ketumbar panggang
  • daun ketumbar dicincang untuk hiasan.

Cara-cara:

  • Potong peria dalam bentuk bulat (terpulang)
  • Tambahkan sedikit garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk dan gaulkan.
  • Masukkan minyak dalam kuali yang panas.
  • Masukkan peria dan tumis selama lima minit.
  • Kacau dan tumis sehingga warna coklat diperolehi.
  • Masukkan serbuk cili merah dan serbuk biji ketumbar panggang.
  • Tumis sehingga ia menjadi rangup.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar cincang.
  • Peria goreng sudah siap !!!

 

Sumber: selerarasa.com & Google (gambar)

yummyindiankitchen.com

Published by
Mastura Abu Kassim