Sedapnya Botok-Botok Johor. Kombinasi ikan, ulam dan pes yang enak menjadikan sajian ini digemari ramai. Ada yang nak cuba masak Botok-Botok yang sedap? Saudari Dee Hakim ada kongsikan cara-cara menghasilkan pes Botok-Botok Johor homemade yang sangat sedap. Sukatan ini boleh dapat dalam 5-6 bungkus Botok-Botok. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan sahaja bahannya. Selamat mencuba!
Pucuk ubi Pucuk bebuas Daun selasih Daun cekur Pucuk mengkudu Daun kunyit Daun kaduk Pucuk betik (tiada syarat daun tertentu. Boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai)
BAHAN UTAMA:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikut keseusian dan cita rasa masing-masing)
BAHAN MEMBUNGKUS:
Daun pisang atau aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. 2. Bila sudah garing, masukkan serbuk kari ikan. Tumis lagi. 3. Kemudian masukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam). Tumis lagi macam biasa. 4. Akhir sekali masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Siap!
5. Untuk membungkus, bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman.
6. Kemudian letak pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang.
7. Tutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi.
8. Cara bungkus seperti dalam gambar. Boleh guna lidi untuk ikat supaya tidak terbuka.
9. Kukus Botok-Botok selama 30 miniat atau hingga masak. 10. Angkat dan nikmati segera semasa masih panas.
Siapa tak terliur dengan menu ni. Memang simple tapi memang buat bertambah nak makan. Sesuai dengan musim durian kala ini, durian pula bersepah sana sini. Lebihan durian simpan buat tempoyak. Jadi bolehlah hasilkan menu bikin korang tak keruan ni.
Tempoyak ikan bilis & petai
Bahan-bahan: *2 ulas bawang putih *5 ulas bawang merah *Segenggam cili padi Ikan bilis 3 sudu makan tempoyak (nak letak sekilo pun boleh.Ikut selera masing-masing Daun kunyit – hiris(urat tengah daun anyg keras tu dibuang) Petai Air Gula, garam & serbuk perasa
Cara membuat:
1. Tumbuk guna lesung batu semua bahan tanda *.kalau korang malas sila la pakai blender.: 2.Tumis bahan tumbuk/blend sampai garing. 3.Masukkan ikan bilis.Dah sebati baru masukkan tempoyak dan 1 cawan air. 4.Kacau sampai agak-agak masak & pekat. 5.Masukkan gula,garam & serbuk perasa. 6.Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit..nak basah-basah sikit tambah la air sikit. Kacau 3-4 kali terus tutup api. 7.Jangan lama-lama ko mengacau sampai sejam pulak ye,Petai kalau masak sangat rasa dah tak sedap. 8.SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas-panas, ikan pekasam @ ikan gelama masin.
Petai adalah salah satu ulam yang sangat sedap. Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama petai mempunyai tarikan tersendiri.
Harga petai pun sekarang ni boleh tahan. Sedap dimakan mentah atau dimasak menjadi sambal. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah.
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi panas begitu sahaja pun dha cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan haji, menu ni sesuai dibawa bersama. Boleh tambah tempe goreng atau tauhu goreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!