Rahsia Resipi Ayam Goreng Syurga Ketiga, Ikut Step By Step Kalau Taknak Kecundang!

Share

Selalu mengeluh ayam goreng selalu tak rangup? Atau dah boring dengan ayam kunyit? Jangan mengeluh ada jalan penyelesaiannya. Semua orang suka ayam goreng kan? Lebih-lebih lagi yang rangup krup krap. Ikut rahsia yang di kongsikan oleh Wan Luqman ni.. resepi ayam goreng syurga yang ketiga.

 

RESIPI AYAM GORENG SYURGA KETIGA

LANGKAH DEMI LANGKAH:

  • Ok ni ayam bahagian thigh, sedap sikit sebab bertulang. Nak seketul pun boleh, tp potong kecik2 lagi santek hasilnya

  • Panaskan air + garam sehingga mendidih, lepas tu celur ayam tu. Proses ni utk dapat isi yang lembut, jadi tak perlu goreng ayam terlalu lama. Tapi kalau nak skit proses ni pun boleh

 

  • Ni ayam selepas dicelur.

 

  • Gunakan tepung bancuhan kfc atau tepung gandum untuk batterkan. Pecahkan sebiji telur (putih sahaja). Dalam kes ni, guna tepung seri mewah…bestari x cun

 

  • Ayam yang telah dibatterkan

 

  • Ini untuk salutan tepung kering
    – tepung kfc
    – tepung gandum
    – tepung beras sikit
    – baking powder

 

  • Gaulkan ayam yang telah dibatterkan tadi

 

  • Tips menggoreng, pastikan minayk betul2 panas (jangan buka api kuat untuk cepat panas. Biar hukum alam yg menentukan). Bila dah letak ayam, JANGAN GAUL balik…biarkan dia mengeras baru balik

 

  • Bila sebahagian dah mengeras, baru balikkan ayam tu. Kalau boleh, deep fried (minyak banyak) supaya lebihan tepung akan jatuh kebawah. Jadi x ganggu ayam yang akan digoreng kemudian.

 

  • Dah siap!
Dengar kerangupannya.. makan hati tak?

Kongsi resipi: Wan LuQman

 

CUBA JUGA RESIPI AYAM SEDAP NI:

Published by
Mastura Abu Kassim