Rahsia Sambal Nasi Lemak Likat Pekat, Baru Mantap & Sedap

Share

Bila makan nasi lemak yang paling utama tentunya sambal yang dimasak. Kalau sedap dan mantap maka lengkaplah hidangan nasi lemak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Setiap orang ada cara tersendiri dalam memasak sambal, Nor Seri Azlina Bustani berkongsi cara dia memasak sambal mengikut citarasanya. Memang pekat dan likat, tengok pun dah menyelerakan. Boleh cuba masak cara yang dibuat, mana tahu kena selera. Barulah mantap!

Resepi Sambal Nasi Lemak Cara Saya

Saya punya expectation untuk nasi lemak macam ni ..sambal tu walaupun di campur dengan nasi minyaknya tak membasahi nasi…Sebab tu bila teringin yang macam ni…saya gigih buat sendiri…nak cari sambal orang jual macam ni memang susah…terinspirasi dari sambal seorang nenek yang meniaga di kampung saya suatu ketika dahulu ….cuma nenek tu dah meninggal….sambal dia memang nampak ikhlas .sedap dan susah nak lupa air tangannya ….dan saya mencuba banyak kali…akhirnya saya dapat rasa tu…masak sambal memang mudah…tapi my expectation untuk sambal memang tinggi…

BAHAN-BAHAN:

Cili kering – beli online disini (rebus dulu untuk hilangkan bau cili)

Bawang merah – beli online disini ( blender pakai chopper tanpa air) supaya bila menumis cepat garing dan wangi.

Belacan wangi yang basah – beli online disini ( seinci) saya pakai belacan segar Puala Perlis.

Ikan bilis – beli online disini

(digoreng dan blender kering)

Air asam jawa – beli online disini

Gula melaka dan gula putih ( sesuaikan rasa)

Garam dan perasa jika suka

Minyak untuk menumis

Daun pandan..di masukkan minit terakhir sblm sambal masak…untuk effect sambal wangi…jgn masuk awal ye .last sekali

Dalam resepi saya ni tiada pengunaan bawang putih ye…cuma bahan dia atas sahaja..

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan di atas ..masak hingga naik minyak
  2. Bila minyak dah naik…masukkan air …biar sampai naik minyak lagi ..kemudian ulang masukkan air selama 3 kali….
  3. Akhir sekali bila dah naik minyak 3 hingga 4 kali….boleh senduk minyak berlebihan ..nak clear minyak lagi boleh tapis ….kalau nak pekat biarkan macam tu ..kalau nak cair sikit tambah air panas sedikit dan kacau sekejap……insyaAllah sambal sedap dan tidak berminyak….sambal juga tahan lama.

Kredit: Nor Seri Azlina Bustani

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Azlin