Wauu sedapnya ketam atau udang goreng telur masin, tapi yang sepoinya bila makanan ini sejuk ada sedikit bau hanyir. Bagaimana mengatasi masalah ini? Jangan bimbang ada cara membuat campuran telur masin ini lebih sedap, tidak hanyir dan rasanya lebih creamy. Paling utama pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan dalam keadaan baik.
Untuk lebih mudah, jom tengok apa bahan utama untuk membuat sos telur masin sebelum digaulkan dengan ayam, ketam, udang atau sotong yang telah digoreng:-
4 kuning telur asin | hancurkan
2 sudu makan susu full cream
2 ulas bawang putih | dititik dan cincang
1 sudu makan mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1/2 sudu teh garam
3 biji cili padi | hriis halus
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
Tumis bahan hingga wangi
Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan daun kari, aroma daun kari mengatasi bau hanyir telur masin. Kemudian masukkan hirisan cili, garam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
Tumis hingga berbuih
Selepas tumisan harum, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan, masak dengan api kecil dan kacau rata hingga berbuih .Cara ini akan menjadikan teksturnya lebih lembut dan creamy.
Tuangkan susu full cream
Inilah rahsia yang menjadikan tekstur sos telur masin lebih creamy. Dengan menambahkan susu full cream, kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan kepekatan sos yang anda perlukan. Terlebih pekat boleh tambah susu atau sedikit air suam. Setelah siap bolehlah masukkan bahan campurannya yang siap digoreng seperti ayam, ketam, udang atau sotong.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Makanan Untuk Kuatkan Rambut & 6 Resipi Mudah Boleh Cuba Masak.
Masalah rambut gugur semestinya menghantui wanita. Menurut pakar, masalah rambut gugur ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, folikel rambut tersekat, kekurangan zat dan vitamin, anemia, perubahan hormon, faktor genetik, melahirkan anak dan banyak lagi.
Untuk mengatasinya, ada pelbagai cara serta langkah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah menerusi pengambilan makanan yang berkhasiat serta bagus untuk rambut. Pengambilan sumber-sumber makanan ini boleh membantu menguatkan akar, menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan melindungi struktur rambut agar lebih cantik dan tidak gugur.
MAKANAN UNTUK RAMBUT YANG KUAT & SIHAT
1. SALMON
- Salmon adalah sumber makanan terbaik untuk rambut. Ia mengandungi protein dan Vitamin D. Malah salmon juga ada asid lemak omega-3 yang bagus untuk menyihatkan kulit kepala, menyuburkan serta melembapkan rambut.
2. YOGURT
- Yogurt tinggi kandungan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel akar rambut. Malah ia turut mengandungi Vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.
3. DAGING
- Jika anda tiada masalah kesihatan, pengambilan daging juga boleh membantu membekalkan sumber protein untuk rambut. Malah ia juga mengandungi Vitamin B, zat besi, zink dan sumber mineral lain yang bagus untuk tubuh.
4. SAYURAN HIJAU
- Aneka sayuran hijau seperti bayam, salad, sawi, brokoli dan lain-lain berupaya membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ini kerana sayuran hijau kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.
5. LOBAK MERAH
- Selain bagus untuk mata, lobak merah juga memberikan manfaat kepada rambut. Ia mengandungi Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dimana ia membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala.
6. TELUR
- Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur. Biotin juga membantu menguatkan kuku agar tidak rapuh.
6 RESIPI MUDAH & SEDAP GUNA BAHAN YANG BOLEH KUATKAN RAMBUT
1. GRILL SALMON STEAK
BAHAN-BAHAN:
- 160gm ikan salmon | bersih dan toskan
- 1 sudu makan serbuk paprika
- Tepung gandum secukupnya
- 100gm sayur campur
Bahan Sos Mustard:
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu makan bawang putih | cincang
- 1 sudu makan biji mustard
- 90ml krim masakan
- 1/4 sudu makan serbuk perasa
- 1/4 sudu makan serbuk lada putih
- 1/4 sudu makan herba dill
CARA MEMASAK:
- Perasakan ikan salmon bersama serbuk paprika.
- Panaskan ketuhar dan bakar hingga ikan hingga masak.
- Untuk sos, panaskan kuali. Kemudian tumis bawang putih bersama mentega, mustard dan krim masakan.
- Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih.
- Masak sehingga krim menjadi sederhana pekat menggunakan api perlahan.
- Celurkan sayur campuran lebih kurang 3-5 minit di dalam air panas. Toskan.
- Letak sayur campuran dalam pinggan, diikuti dengan ikan salmon yang dibakar.
- Tuangkan sos di atas ikan salmon.
- Segera hidangkan panas-panas.
2. MESIR YOGURT TRIFLE
BAHAN-BAHAN:
- Lebihan kek (kek pelangi lebih menarik)
- Buah-buahan seperti kiwi, strawberi, pic, anggur
BAHAN FILING:
- 80gm gula kastor
- 200gm yogurt asli
- 10gm gelatin
- 40gm air
- 250gm krim tenusu
CARA MEMBUAT FILLING:
- Pukul gula dan yogurt. Ketepikan,
- Cairkan gelatin, caranya gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler. Biarkan sebentar.
- Masukkan krim tenusu ke dalam campuran yogurt dan gula.
- Masukkan gelatin. Pukul rata.
CARA MELAPIS:
- Letak potongan kek, diikuti dengan adunan yogurt.
- Paipkan filling di bahagian tepi.
- Seterusnya letak adunan yogurt, lapis dengan buah-buahan dan potongan kek.
- Lapis lagi dengan yogurt dan paipkan filing.
- Hiaskan dengan buah-buahan dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
3. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN
- 500gm daging | potong kiub
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 biji bawang Holland | potong kiub
- 1 lobak merah | potong kiub
- 2 biji kentang | potong kiub
- 2 batang seleri | hiris serong
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- 1 cawan air rebusan tulang
- 1 sudu teh serbuk Thyme
- 1 sudu teh serbuk Oregano
- 2 dua helai daun bay
- 2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan air | untuk membancuh tepung
Garam secukupnya - Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitum dalam kuali, masukkan daging dan balik-balikkannya hingga daging bertukar warna keperangan.
- Taburkan garam did an serbuk lada hitam di atasnya, kacau seketika. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan bawanag besar, bawang putih, kacau rata.
- Masukkan sayur-sayuran yang telah didadu dan dihiris tadi.
- Kemudian masukkan daging dan sayur-sayuran yang telah ditumis ke dalam slow cooker.
- Kemudian taburkan Oregano, Thyme, bay leaces dan lada hitam di dalamnya.
- Tambah juga kicap dan stok daging.
- Renihkan beberapa jam hingga daging empuk.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam periuk, kacau rata hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika terlalu pekat boleh tambah air.
- Setelah daging empuk, Stew Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga gaul daging dengan tepung garam dan lada hitam sebelum digoreng dengan memasukkan ke dalam plastik dan goncang supaya sekata campuran.
4. SUP BAYAM IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat sayur bayam hijau | dibersihkan
- 50gm ikan bilis | ditumbuk kasar
- 5 ulas bawang putih | dihiris nipis
- 500ml air
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis goreng | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan ikan bilis. Masak sehingga naik bau.
- Kemudian tambahkan air dan biarkan sedikit mendidih. Masukkan sayur bayam dan reneh sehingga sayur masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Tabur ikan bilis goreng dan nikmatinya panas-panas.
5. KARI KENTANG LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ubi kentang | dipotong kecil
- 250gm lobak merah | dipotong kecil
- ½ camca minyak makan
- ¼ cawan air asam jawa yang pekat
- 1 labu besar bawang – dibelah dua & dihiris
- 1 batang serai – dititik
- 3 helai daun salam
- 315 gm daging kambing – dicincang halus
- 2 ½ cawan santan cair
- Garam secukup rasa
- 1 ½ cawan santan pekat
Bahan Giling:
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 6 biji lada merah
- ½ sudu jintan putih
- 1 ½ camca jintan manis
- 3 camca ketumbar – direndang
- 1 sudu gula
- ½ sudu belacan – dibakar
CARA MEMASAK:
- Pijarkan minyak & gorengkan bawang besar hingga layu.
- Masukkan bahan giling & serai. Goreng hingga minyaknya keluar.
- Masukkan daun salam & daging.Apabila telah garing, kecilkan api & masukkan santan cair.
- Campurkan ubi kentang,lobak merah & bahan perasa. Didihkan perlahan-lahan hingga hampir empuk. Kemudian masukkan kubis & tomato. Masaklah selama 2-3 minit.
- Campurkan santan pekat. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasanya & angkat dari api apabila sayur-sayurannya telah empuk.
6. TELUR DADAR CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | dipukul sebati
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh kicap cair
- 1/2 sudu teh garam
- 20gm cendawan butang | hiris
- 20gm cendawan China/Shitake
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan cili merah
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
- Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan minyak dalam kuali lain, masukkan telur, masak dengan api perlahan.
- Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
- Kemudian terbalikkan telur tersebut. Kemudian besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
- Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong dan hidangkan.
Telur Dadar Kentang Cheese. Menu ‘favorite’ Sepanjang Masa
Kalau kat rumah ada banyak stok kentang dan telur apa kata masak Telur Kentang Cheese. Memang berkrim dan enak, anak-anak mesti suka ni. Makan gitu boleh, nak makan dengan roti pun okay jugak.
Ni min kongsikan resipi dari Aida Ismail. cubalah kejap aje buatnya
TELUR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kentang (dadu halus)
- 1 biji bawang besar (potong kasar) – beli online DI SINI
- 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
- 5 keping cheese
- 5 biji telur
- Sedikit garam & lada hitam – beli online DI SINI
CARA MEMASAK:
- Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
- Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
- Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
- Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
- Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
- Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
KREDIT GAMBAR & MASAKAN:Aida Ismail
INGIN MENCARI KUALI TAK MELEKAT YANG TERKINI, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI:
https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/
Ini 4 Cara Masak Sup Sayur Paling Mudah & Sedap.
Ramai yang suka sup sayur dan ramai ang boleh memasaknya. Tapi tahukah korang ada beberapa rahisa yang boleh jadikan sup sayur lebih sedap, cukup rasa dan kaya dengan khasiat nutrisinya. Berikut empat tip boleh korang cuba, sangat mudah dan hanya perlu dipraktikkan sahaja.
Pastikan Bahan Asas Mencukupi
Bawang merah dan putih adalah bahan perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasukkan sup sayur. Oleh itu tumis bawang merah dan putih hingga wangi atau lembut sebelum disebatikan dengan kuah sup Sebatian bawang inilah yang memberikan rasa dan aroma sup sayur.
Masa Masak Tidak lebih 15 Minit
Sup sayur yang sedap tidak memerlukan masa memasak yang lama, waktu paling idea adalah 15 minit, sudah mencukupi. Lagi kecil potongan sayur lebih cepat masak. Perlu diingat sup sayur perlu dimasak menggunakan api sederhana.
Rasa Masin Sup Pada Waktu Sesuai.
Elakkan merasa sup semasa panas mendidih, kerana pada waktu ini sup akan rasa kurang masin, ia mendorong korang menambah sedikit lagi garam. Tetapi bila dirasai semula selepas sup sedikit sejuk, ia menjadi sedikit masin. Sebaiknya rasa sup sayur sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa diperlukan.
Menggunakan Perencang Ayam Atau Ikan Bilis
Sup yang sedap datangnya dari kuah yang sedap, oleh itu tambahkan sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis. Ia membantu sup menjadi lebih sedap dan berasa.