Rahsia SosTelur Masin Lebih Creamy, Wajib Cuba Ni!

Share

Wauu sedapnya ketam atau udang goreng telur masin, tapi yang sepoinya bila makanan ini sejuk ada sedikit bau hanyir. Bagaimana mengatasi masalah ini? Jangan bimbang ada cara membuat campuran telur masin ini lebih sedap,  tidak hanyir dan rasanya lebih creamy. Paling utama pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan dalam keadaan baik.

Untuk lebih mudah, jom tengok apa bahan utama untuk membuat sos telur masin sebelum digaulkan dengan  ayam, ketam, udang atau sotong yang telah digoreng:-


4 kuning telur asin | hancurkan
2 sudu makan susu full cream
2 ulas bawang putih | dititik dan cincang
1 sudu makan  mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1/2 sudu teh garam
3 biji cili padi | hriis halus
1/2  sudu teh serbuk pati ayam
Air secukupnya

CARA MEMBUAT:

Tumis bahan hingga wangi

Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan daun kari, aroma daun kari mengatasi bau hanyir telur masin. Kemudian masukkan hirisan cili, garam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.

Tumis hingga berbuih

Selepas tumisan harum, masukkan kuning telur masin  yang telah dihancurkan, masak dengan api kecil dan kacau rata hingga berbuih .Cara ini akan menjadikan teksturnya lebih lembut dan creamy.

Tuangkan susu full cream

Inilah rahsia yang menjadikan tekstur sos telur masin lebih creamy. Dengan menambahkan susu full cream, kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan kepekatan sos yang anda perlukan. Terlebih pekat boleh tambah susu atau sedikit air suam.  Setelah siap bolehlah masukkan bahan campurannya yang siap digoreng seperti ayam, ketam, udang atau sotong.

Published by
Norasida Myasin