Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
Ads
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hujan begini sedap dapat makan ayam panggang. Menu ringkas dan mengenyangkan. Anak-anak pun pasti suka dengan menu ini. Ayam dengan campuran italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon memberikan rasa yang enak. Bolehlah cuba nanti.
Cara Buat Ayam Panggang Simple
Bahan-bahan :
170 gm ayam
1 sudu teh italian herbs
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh paprika
1 sudu teh perahan lemon
10 gm hirisan kulit lemon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam dan lada hitam
Cara memasak :
Campurkan bahan dalam 1 mangkuk iaitu italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon
Kemudian setelah campur sebati. Letakkan ayam bersama bahan yang digaul tadi.
Masukkan hirisan kulit lemon dan minyak zaitun.
Perab bahan perapan selama semalaman atau 30 minit.
Sediakan kuali dan masuk ayam yang telah diperap.
Masak dalam masa 7-10 minit dan setelah siap boleh dihidang bersama kentang lenyek, dan coleslaw dan sos perang
Daging masak apa pun sememangnya sedap, namun keenakan lebih terasa bila ia disediakan dengan menu tradisional. Agak renyah melihatkan bahan-bahan tetapi hasilnya bila dimasak tidak pernah mengecewakan. Lambakan resipi barat serta fusion menjadikan resipi-resipi tradisional serta lama ini makin ditinggalkan. Jika tidak disimpan serta dipelihara, tidak mustahil sajian-sajian lama ini dilupakan oleh anak cucu kita nanti. Jom share dan cuba resipi-resipi yang RASA kongsikan ni. Memang sedap & memenuhi citarasa.
1. ACAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1/2 batang timun | buang biji dan hiris memanjang
1/2 batang lobak merah | hiris memanjang
5 ulas bawang putih | belah dua
8 ulas bawang merah | belah dua
2 tangkai cili hijau | belah dua
6 tangkai cili padi | belah dua tapi tak putus
1 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa | jika suka
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 sudu makaan rempah kari
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji sawi | jika suka
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN PENUMIS:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Cuci daging kemudian tos dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
Masukkan hirisan halia,bawang putih dan merah. Kacau seketika.
Diikuti pula dengan pes cili, kacau rata.
Apabila pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau seketika, kemudian masukkan pula daging.
Setelah daging kecut, masukkan timun dan lobak merah.
Seterusnya masukkan cuka, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan Acar Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk dapatkan timun dan lobak merah lebih ranggup, anda boleh rendam hirisan ini dengan air kapur seketika. Kemudian cuci dan toskan sebelum dimasak.
2. KERABU DAGING MENTAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
Hiris nipis kemudian cincang halus.
Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.
3. DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
6 biji terung telunjuk | belah dua
500ml santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 batang serai | titik
2 hirisan lengkuas | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan daging dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging bakar anda boleh gunakan daging salai atau jeruk untuk resipi ini.
4. DAGING KANDAR
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
15 ulas bawang merah | hiris
3/4 cawan puri tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu makan kerisik
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
Renehkan hingga air daging kering.
Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tambahkan hirisan cili padi atau cili besar jika ingin lebih pedas.
5. DAGING KICAP KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
2 batang serai | titik
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika daging diperap semalaman, dan daging perap disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup.
6. RENDANG DAGING DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
1kg santan pekat
5 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
1 ikat daun pegaga | buang tangkai
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daun pegaga boleh tukar dengan pucuk ubi atau daun selom.
Kari ayam atau daging stail utara yang mak kita masak memang lain rasanya. Memang cukup pekat, penuh rasa rempah dan sedang elok saja rasanya. Cuma bila kita cuba buat sendiri selalu tak menjadi.
Sebenarnya nak masak kari yang sedap ini ada caranya terutama ketika menumis rempah. Dikongsi oleh Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, panduan ini boleh kita gunakan untuk masak kari agar lebih umphh macam mak-mak kita masak.
Petua masak kari ayam atau daging stail utara yang sedap
Entri ni bukan nak bagi resipi tapi untuk turunkan sikit petua masak kari yang sedap. Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri dari Pulau Pinang yang pandai memasak di sebuah gerai makan. Ini tip yang dikongsi oleh mereka;
Kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Nak tumis rempah tak perlu bancuh dengan air. Lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Kemudian perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air.
Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Masa tumis rempah amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan ini. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.