Menyingsing fajar dan beduk dipalu. Maka berkumandanglah laungan takbir di seluruh ruang semesta menandakan bermulanya bulan Syawal yang mulia. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, Hari Raya Aidilfitri tentunya amat dinanti oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kemenangan setelah berjaya melawan hawa nafsu dan melatih diri dengan amalan yang terpuji di sepanjang bulan Ramadan.

Raikan Kemurnian Syawal  Dengan Kegembiraan & Kesyukuran Bersama Keluarga.

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang mengembirakan. Malah ia juga merupakan bulan yang penuh dengan keinsafan dan kemaafan. Inilah masa untuk kunjung mengunjung ke rumah keluarga, sanak saudara dan rakan taulan untuk mengeratkan hubungan serta mengukuhkan kasih sayang. Jika ada kekusutan, inilah saat terbaik untuk menjernihkan keadaan. Buang jauh segala pertelingkahan, hulurkanlah salam kemaafan dan sambutlah dengan penuh senyuman agar Aidilfitri jadi lebih bermakna.

Raikan Kemurnian Syawal  Dengan Kegembiraan & Kesyukuran Bersama Keluarga.

Kasih sayang sangat tinggi nilainya. Maka Aidilfitri tentunya jadi lebih bermakna bila disambut bersama keluarga tersayang. Inilah masa untuk menambahkan lagi rasa cinta serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Walau di mana jua diri berada, baik di desa mahupun di kota, beraya bersama insan tercinta pasti menjadi detik yang paling berharga dan menggembirakan.

IKLAN

Raikan Kemurnian Syawal  Dengan Kegembiraan & Kesyukuran Bersama Keluarga.

Tambahkan keceriaan dan suasana lebaran yang lebih bermakna bersama Coway dengan menikmati udara yang nyaman serta kedinginan air yang menyegarkan di musim perayaan ini. Coway adalah pembantu pintar anda yang boleh membantu memudahkan kerja-kerja penyediaan juadah dan minuman. Penapis air Coway didatangkan dengan tangki kedap udara, berciri anti bakteria yang mampu menapis karat, logam berat, klorin dan juga kuman yang ada dalam air. Menjadikan rasa air minum lebih bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada tetamu. Malah penapis air Coway juga boleh digunakan tanpa was-was kerana ia diiktiraf halal oleh JAKIM.

IKLAN

Raikan Kemurnian Syawal  Dengan Kegembiraan & Kesyukuran Bersama Keluarga.Dengan adanya penapis air Coway, anda tidak perlu lagi berada lama di dapur untuk membancuh air kerana Coway menyediakan tiga pilihan suhu air iaitu air panas, sejuk dan biasa. Hanya pilih dan tekan sahaja. Tak perlu lagi tunggu air mendidih dan masa yang ada boleh digunakan untuk berbual mesra bersama tetamu. Malah bancuh susu anak-anak pun jadi lebih mudah. Tak perlu lagi masak air dan menunggu lama. Mudah kan?

Penapis air Coway juga dilengkapi dengan power saving mod dimana ia menjimatkan penggunaan elektrik serta kunci air panas untuk keselamatan anak kecil. Jadi anda tidak perlu risau dengan bil elektrik yang melambung tinggi dan juga keselamatan anak-anak bila menggunakan penapis air Coway.

IKLAN

Raikan Kemurnian Syawal  Dengan Kegembiraan & Kesyukuran Bersama Keluarga.

Kini berkumpul beramai-ramai di hari lebaran bukan lagi masalah bila adanya Coway. Jadi marilah bersama-sama nikmati kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan penuh keriangan serta rasa kesyukuran bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk hebat Coway? Dapatkan infonya DISINI.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI