Raya dulu-dulu di kampung, memang lain perasaannya. Rasa sayu dan penuh kasih sayang. Dan pastinya, bila sebut pasal Raya, pasti tergambarkan suasana di kampung, air muka mak ayah serta adik-beradik kita.
Bila diingatkan balik, memang boleh senyum seorang diri. Kalau bab kuih raya, Along sehari sebelum raya baru terkial-kial nak buat kuih semperit. Paling best, bila Along buat semperit susu, guna susu pekat Saji. Memang sedap!
Angah pula, kalau bab mengemas rumah bagilah pada dia. Angah memang suka bila kena tukar langsir, gantung kad raya dan hiasan yang lain.
Bahagian dapur, memang maklah ketuanya. Bila mak masak rendang, memang orang lain tak boleh nak kacau. Rendang mak memang sedap, tak sama dengan rendang lain. Bila ditanya apa rahsia, mak jawab kena guna minyak dan santan Saji je, baru rendang menjadi elok.
Di luar rumah, abah dengan abang sibuk bakar lemang. Kalau nak tahu, lemang ni hidangan wajib ada di atas meja selain rendang mak. Nak buat lemang bukan senang, silap haribulan lemang tak masak. Sebab tu, abah akan ajar dulu cara-cara buat lemang.
Bermula dari langkah awal basuh beras Saji, berapa banyak santan nak guna dan semestinya Santan Saji. Sukatan garam juga perlu betul. Ah bila guna garam Saji semuanya jadi sempurna. Jadi dari awal hinggalah ke proses membakar lemang, itu semua ilmu berharga.
Ads
Malam raya paling yang dinanti-nantikan. Sangat meriah! aksi budak-budak lelaki bermain mercun atau meriam buluh dengan bunyi yang sangat kuat! Bunga api pula memang wajib, umpama lampu lip-lap lip lap di malam hari.
Pagi raya! Bukan main lagi bunyi alarm telefon nokia, tapi orangnya masih tidur nyenyak. Bila pagi raya begini, mana yang bangun lambat memang ada potensi terpijak dengan adik-adik!
Belum lagi masuk bab berebut bilik air. Abang suka mandi lama dalam bilik air, sampaikan abah kena ketuk banyak kali barulah abang keluar.
Ads
Tiba masa untuk makan! Semua makanan Raya hasil masakan air tangan mak. Takkan sama dengan makanan yang dibeli. Bila dah selesai semua, tiba masa sesi bersalaman.
Sehinggalah tiba giliran adik bongsu, Ijat untuk salam, kedengaran suara mak meminta untuk cepat balik sambil tersenyum. Ah mimpi rupanya!
Nostalgia dulu mengusik jiwa, setiap bibit memori yang kadangkala nampak mudah dan insignifikan sebenarnya paling melekat dan terpahat dalam jiwa.
Ads
Namun, semakin kita dewasa, kemanisan Raya terasa semakin pudar. Bukan kerana hilang kemeriahannya tetapi disebabkan situasi hidup yang berubah, tanggungjawab dan persekitaran kita yang jelas sudah berbeza.
Semua memori ini walaupun indah dan menggamit bukannya sebab untuk kita mengeluh dan kesal malah ia menyedarkan kita bahawa Raya itu bukan terletak pada sesuatu yang fizikal atau material, tetapi Raya itu sebenarnya lebih bererti apabila kita raikan bersama mereka yang tersayang.
Biar tak semeriah dulu, namun Raya betul terasa Raya bila kita raikan bersama mereka yang tersayang. Saji sentiasa mengembali dan menyegarkan kenangan dulu-dulu. Mengeratkan kasih seluruh keluarga,
Salam Aidilfitri dari Saji
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air Fryer merupakan perkakas dapur moden yang menjadi buruan para penggemar gajet terutamanya bagi ibu-ibu moden yang mahu menyediakan sajian yang cepat dimasak dan lebih sihat buat keluarga.
Kenapa ramai sangat suka guna Air Fryer? Sebabnya fungsi utama Air Fryer adalah untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak menjadikan sajian anda lebih berkhasiat.
Dah rasa kagum ke? Nah…Fungsi-fungsi yang lain ini bakal buat anda rasa makin tak sabar nak miliki Air Fryer.
Kalau nak tahu, Air Fryer ni ada fungsi yang lain juga. Anda boleh gunanya untuk memanggang dan membakar seperti ketuhar. Ayam panggang, daging bakar, pizza, roti, kek dan biskut. Semuanya anda boleh masak menggunakan Air Fryer. Hanya perlu selaraskan masa dan tunggu hidangan enak tersedia. Nak rebus telur dan goreng ikan bilis pun boleh. Memang mudah.
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN AIR FRYER
Sebelum beli, pasti anda nak tahu berbaloi ke tidak membelanjakan wang untuk gajet ini. Berikut adalah kelebihan Air Fryer yang boleh membantu anda membuat keputusan:
1. MAKANAN BERGORENG JADI LEBIH SIHAT
Kredit: 123rf
Memasak menggunakan Air fryer tidak memerlukan minyak bahkan jika perlu, hanya sedikit sahaja digunakan, menjadikan makanan yang dimasak jadi lebih sihat. Masaklah apa sahaja. Karipap ‘frozen’, nuget, kentang, sosej hingga ke daging burger. Hasil gorengan memang cantik macam digoreng dengan minyak dan sedap tanpa berubah rasa.
2. PELBAGAI FUNGSI
Kredit: 123rf
Jika ketuhar boleh digunakan untuk membakar, Air Fryer juga memiliki fungsi yang sama. Dengan Air Fryer, anda boleh membakar kek, roti, biskut, pizza, pasta dan bermacam-macam lagi. Cuma anda perlu tahu, hanya loyang atau bekas bersaiz tertentu sahaja boleh digunakan mengikut kapasiti Air Fryer anda. Namun jangan risau, beberapa pilihan seperti loyang, besi pemanggang dan lain-lain biasanya diberikan secara percuma bersama pembelian.
3. PRAKTIKAL & MAKANAN TIDAK CEPAT HANGUS
Buat 2-3 kerja sambil memasak adalah perkara biasa bagi ibu-ibu terutamanya yang sedang bekerja dari rumah (work from home). Kadang-kadang terlupa sampai hangus lauk atas dapur. Nah…ini bermaksud anda memang perlukan Air Fryer. Barulah boleh buat kerja tanpa risau. Hanya masukkan makanan, tetapkan suhu dan selaraskan masa memasak sahaja. Mudah kan? Sesuai bagi anda yang tidak mempunyai banyak waktu di dapur.
4. MUDAH & SELAMAT DIGUNAKAN
Kalau menggoreng, tidak sah kalau minyak tidak merecik satu dapur. Berbeza bila menggunakan Air Fryer, tiada lagi masalah dapur berminyak. Malah anda juga boleh minimakan kecederaan di dapur seperti terkena minyak atau terpegang kuali panas. Anak-anak pun boleh gunakan Air Fryer dengan selamat. Jadi anda tidak perlu risau jika anak-anak membantu memasak di dapur.
5 JENAMA AIR FRYER TERBAIK UNTUK ANDA!
Berminat nak miliki Air Fryer idaman? Senarai jenama Air Fryer terbaik 2021 ini boleh membantu anda membuat pilihan. Ia antara jenama yang dipercayai sehingga kini, ada pelbagai kelebihan dan boleh dimiliki dengan harga di bawah RM200.
1. NAKADA AIR FRYER (NKD1100)
Harga: RM199
CIRI-CIRI PRODUK:
Mudah digunakan dan dicipta dengan Dual Temperature Sensing Mode.
Dilengkapi 5 fungsi : steam, roast, bake, grill & fry.
Kapasiti mesin 5L & pot 4L muat untuk seekor ayam.
Rekaan telus pandang yang menarik.
Ringan & mudah dibersihkan.
Dilengkapi sistem 360°C Hot Air Circulation menjadi masakan dimasak dengan lebih sekata.
Tetapan pemasa 60 minit dan suhu sehingga 230°C.
Menggunakan kuasa 1100W membuatkan ianya lebih jimat elektrik berbanding Air Fryer yang lain.
Kalau ada bilangan ahli keluarga yang ramai, mungkin boleh pertimbangkan Strom Jumbo Air Fryer. Ianya bersaiz besar pada harga RM399 yang masih mampu dimiliki! Reka bentuknya moden dan masih kompak untuk disimpan di ruang dapur anda.
5. STROM JUMBO AIR FRYER
Harga: RM399
CIRI-CIRI PRODUK:
Reka bentuk yang besar & menjimatkan ruang.
Kapasiti 6.5L dengan saiz bakul 5.5L. Cukup untuk menyediakan sajian untuk 10 hidangan.
Kuasa: 1200W
Pelarasan suhu dari 80 – 200°C
Tetapan pemasa: 30 minit
Bakul makanan tahan lekat dengan kelulusan LFGB & FDA
Kalau nak tengok Air Fryer, warna dan bentuknya boleh tonton video dibawah ya.
Nak cuci mata lebih banyak produk dapur? Boleh klik dan download Go Shop App di sini.
Semoga dengan sedikit info berkaitan Air Fryer ini mampu mengubah cara masakan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Oh ya…Nak tahu menu apa boleh masak menggunakan Air Fryer? Seleksi resipi-resipi di bawah ini anda boleh cuba.
Bayangkan ketika anda melangkah masuk ke Taman Tasik Titiwangsa pada pagi 12 September 2025, dari pintu masuk lagi sudah kedengaran bunyi gendang, aroma masakan berempah menusuk hidung serta deretan gerai penuh warna yang menghidangkan pelbagai sajian warisan.
Di seberang tasik pula, pentas besar telah bersedia untuk menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan sementara kanak-kanak berlari gembira menikmati permainan tradisional.
Inilah gambaran sebenar Festival Budaya Malaysia 2025, sebuah acara mega anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang bakal berlangsung selama 5 hari bermula dari 12 hingga 16 September 2025. Bersempena kempen menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, festival kali ini mengetengahkan tema “WOW Malaysia” dengan misi menonjolkan keunikan budaya, makanan dan seni tanah air kepada rakyat serta pelancong antarabangsa.
Sajian Rakyat, Dari Kari Hingga Kopi
Bagi kaki makan, festival ini adalah syurga sebenar! Antara tarikan utama ialah Rasa Layan Curry Fiesta yang menampilkan pelbagai hidangan kari yang enak dan memikat selera. Selain itu, Kenduri Kari Malaysia 68 bakal memeriahkan suasana di Rasa Layan Curry Fiesta sebagai simbolik kepada 68 tahun Malaysia menyambut kemerdekaan. Dari kari mamak pekat berempah, kari nyonya berlemak santan, kari ikan utara hinggalah kari tradisional Melayu yang kaya dengan daun kari dan rempah ratus tempatan, semua boleh dinikmati di satu lokasi.
Tidak cukup dengan itu, pencinta manisan dan kopi pasti teruja dengan Makar Fest 2025 serta Pastry & Bru. Bayangkan deretan kek moden, pastri berinti tempatan seperti kelapa dan kacang hijau serta kopi artisan dengan aroma yang memikat. Festival ini bukan sekadar tentang makanan tetapi pengalaman dengan gabungan rasa klasik serta sentuhan kontemporari yang menjadikan sajian lebih istimewa.
Selain itu, ada juga Coffee Village untuk penggemar kopi serta Festival Makanan Cina yang memperlihatkan kepelbagaian warisan kulinari kaum Cina di Malaysia. Kalau nak lebih interaktif, jangan lepaskan peluang menyaksikan Pertandingan Roti Canai Melayang serta Teh Tarik King & Queen yang bukan saja menghiburkan, tapi juga mengangkat makanan harian rakyat sebagai simbol budaya Malaysia.
Pentas Budaya: Dari Tradisi Hingga Kontemporari
Festival Budaya Malaysia 2025 bukan sekadar pesta makanan tetapi juga sebagai platform terbesar untuk mempersembahkan warisan seni negara. Setiap hari, para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai acara kebudayaan.
Antaranya adalah:
Pertandingan Tarian Singa ASEAN yang penuh energi dan warna-warni.
Wayang Kulit Nusantara yang membawa penonton kembali ke zaman tradisi.
Pertandingan Gendang Silat, Kompang Kebangsaan & Drums SoundSport – irama yang membangkitkan semangat patriotik.
Pertandingan Kesuma Kebaya & Lenggok Kebaya – meraikan keanggunan fesyen tradisional wanita Melayu.
Battle of the Band & Symphony Light – hiburan moden yang menyatukan generasi muda.
Setiap persembahan ini merupakan cerminan kepelbagaian budaya Malaysia yang hidup harmoni, saling melengkapi dan penuh keindahan.
Malam Gala Pergendangan Madani
Kemuncak Festival Budaya Malaysia adalah pada 13 September 2025 (Sabtu) dengan penganjuran Majlis Perasmian dan Malam Gala “Pergendangan Madani” di Pentas Utama Taman Tasik Titiwangsa. Acara gilang-gemilang ini bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bersama pimpinan negara yang lain.
Bayangkan suasana malam dengan cahaya lampu berwarna-warni, gendang yang bergema, dan persembahan khas bertema “Pewaris Bangsa, Sebiru Warna Satu Jiwa dan WOW Malaysia”. Malam ini dijangka menjadi detik paling bersejarah yang mengangkat budaya Malaysia ke pentas dunia.
Aktiviti Untuk Semua
Selain makanan dan seni, festival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga:
Hot Air Balloon Ride – pengalaman unik melihat Titiwangsa dari udara.
Symphony Light Show – persembahan cahaya moden yang memukau.
Permainan Tradisional – peluang untuk anak-anak mengenali congkak, gasing dan lain-lain.
Pameran Warisan & ASEAN – destinasi pembelajaran budaya dan sejarah.
Dengan lebih daripada 68 program dan 350,000 pengunjung dijangka hadir, suasana pastinya meriah dan penuh keterujaan.
Kenapa Anda Wajib Hadir?
Festival Budaya Malaysia 2025 ini wajib anda kunjungi kerana ia menghimpunkan 68 aktiviti unik yang merangkumi pelbagai aspek – dari makanan, seni, budaya, sukan sehinggalah hiburan moden.
Bagi penggemar makanan, inilah peluang menikmati food showcase terbesar tahun ini termasuk pesta kari, pastri, kopi dan sajian tradisional lain yang jarang ditemui di satu lokasi.
Dari sudut seni pula, festival ini menampilkan persembahan bertaraf antarabangsa, merangkumi tarian tradisional, muzik, teater, malah persembahan kontemporari yang penuh energi.
Lebih daripada sekadar hiburan, festival ini juga menjadi platform menyemarakkan semangat patriotisme menjelang Visit Malaysia Year 2026, dengan keindahan kepelbagaian budaya sebagai nadi utama.
Apa yang lebih istimewa, ia menawarkan pengalaman lengkap untuk seisi keluarga – gabungan makan, hiburan, pembelajaran dan interaksi, menjadikannya satu pesta rakyat yang benar-benar inklusif dan meriah.
Mark your calendar! Jom meriahkan Festival Budaya Malaysia 2025 bermula 12 hingga 16 September 2025 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan. Rasai kehangatan suasana, nikmati kepelbagaian rasa, hayati keindahan seni dan raikan warisan budaya kita bersama. WOW Malaysia – inilah Malaysia yang sebenar!
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Sambil menyediakan hidangan, mereka turut berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini. Antara selebriti yang memeriahkan dapur Rasa Mak Ajar Masak ialah Nubhan Ahmad, Didie Alias, Abby Abadi, Ain Edruce, Uyaina Arshad, Azad Jasmin, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi.
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!