Chef Wan bertemu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku memang cukup gamat. Sama-sama pandai berceloteh.

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Memang gandingan mantap episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini. Hidangan istimewa yang dimasak adalah Sayur Pecal dan Kuih Badak Berendam. Kedua sajian ini memang dekat di hati Kak Engku.

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Dilihat dari gayanya bercerita dan menolong Chef Wan di dapur memang ternyata Kak Engku ini memang mahir memasak. “ Saya bulan puasa memang tak suka hidangan berat-berat atau nasi. Saya suka makan sayur-sayuran dan kuih muih, itu dah cukup kenyang. Iyalah sayur-sayuran kan tinggi serat dan berkhasiat. Lepas berbuka taklah terasa letih atau mengantuk .

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Saya suka sayur pecal sebab banyak sayur-sayuran dan kuah kacangnya memang cukup sedap. Kalau orang Jawa mereka siap letak sayur cekur, tu lagi saya suka sebab aromanya sangat wangi dan menyelerakan.Selain itu saya juga makan kerabu, tauhu dan manisan seperti kuih Badak Berendam dan Agar-agar Pandan ,” Kak Ungku berkongsi cerita sajian nostalgia Ramadannya.

Menurut Raja Azura lagi masakan kuah kacang sate dan kuah kacang pecal ada bezanya. Jika kuah kacang sate ada lagi banyak lagi bahan ramuan seperti serai , lengkuas dan halia. Tetapi kuah kacang untuk sayur pecal lebih ringkas ramuannya dan memasaknya juga lebih cepat dari masak kuah kacang sate yang mengambil masa lebih lama.

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Ads

Kuih Badak Berendam pula memang disukai sejak zaman kanak-kanak lagi. “ Kuih orang dulu-dulu ni bahannya ringkas sahaja seperti tepung beras, gula Melaka dan santan. Nama berlainan tetapi bahan asasnya lebih kurang sama. Contohnya badak berendam dengan kuih koci, orang muda kenalah  belajar,”pesan Kak Ungku lagi.

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

 SAYUR PECAL

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 sudu makan minyak sayuran
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 375ml air | 11/2 cawan
  • 10 biji bawang merah | dihiris
  • 15 tangkai cili kering | direndam air panas, dibuang biji dan toskan
  • 3 sudu makan belacan
  • 300gm kacang tanah | disangai dan tumbuk kasar
  • 6 sudu makan gula perang
  • 5 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sayur-sayuran dan lain :

  • 100gm taugeh | dibuang ekor
  • 100gm kangkong | dipotong 5sm
  • 150gm kacang panjang | dipotong 5sm
  • 100gm nenas sederhana masak | dipotong sederhana
  • 1 biji timun | dikupas dan hiris memanjang
  • 1 biji sengkuang | dikupas dan hiris memanjang
  • 2 keping tauhu | dipotong dadu dan digoreng
  • 3 keping tempe | dipotong kiub dan digoreng
  • 2 biji telur rebus | direbus , dikupas belah empat
  • 2 biji ubi kentang | direbus dan potong kiub

55gm keropok goreng | jika suka

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, cili kering serta belacan. Angkat dan masukkan bahan-bahan goreng ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga menjadi pes.
  2. Sementara itu satukan kacang, gula perang, air asam jawa dan air di dalam periuk dan renehkan. Masukkan pes tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan garam secukup rasa . Tutupkan api.
  3. Celurkan sebentar kesemua sayur-sayuran kecuali timun, sengkuang dan nenas, ke dalam air panas mendidih yang dicampur sedikit garam.
  4. Toskan sayuran dan letakkan di atas pinggan bersama dengan timun, tauhu, telur, tempe, kentang dan keropok. Hidangkan bersama kuah kacang.

KUIH BADAK BERENDAM

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

 BAHAN-BAHAN : 

  • 2 cawan tepung beras pulut
  • 11/2 cawan air

Bahan inti :

  • ½ biji kelapa parut | ambil bahagian putih sahaja
  • ½ cawan gula pasir
  • ¼ buku gula Melaka
  • Air panas secukupnya
  • 2 sudu teh tepung gandum

 

  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Cara masak inti :

  1. Larutkan gula Melaka di dalam air panas. Masukkan gula pasir.
  2. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum, gaul sebati.

Cara masak doh kuih :

  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk besar. Tuangkan 11/2 cawan air sedikit demi sedikit, dan adunkan hingga membentuk doh yang licin .
  2. Bentukkan doh bulat-bulat, leperkan sedikit dan sudukan inti kelapa ditengahnya. Cantumkan doh dan bulatkan menutupi inti. Ulangkan proses ini.
  3. Kemudian ambil santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Ketepikan.
  4. Panaskan pengukus. Susunkan doh kuih badak di dalam bekas dan tuangkan perlahan-lahan santan yang sudah dimasukkan garam ke atasnya.
  5. Tutup pengukus dan kukus. Jangan kukus terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.

TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN, SETIAP JAM 5 PETANG, DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN SALURAN PRIMA HD 121

Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Ads

JANGAN LUPA ESOK BERSAMA PUTERI SULUNG CHEF WAN, SERINA CHEF WAN.

Nak tahu apa yang diborak dan dimasak oleh dua beranak , jangan lupa tunggu esok tau. Tinggal tiga lagi episod aje ni, rugi kalau tak tonton.

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI