Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.
Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.
Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai ini.
Ads
“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.
“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.
Tunku Azizah ‘tukang masak’ dari istana untuk rakyat
Berkongsi mengenai masakan daripada air tangan Raja Permaisuri Agong, Tuanku ada berkongsi beberapa jenis kegemarannya.
“Gulai kicap, ayam masak kicap.. masakan orang putih.. Western food, as I said just now, burger, roasted beef, Shepherd’s pie, chicken pie… dan macam macam lagilah. Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan golek ayam… Laparlah pula,” seloroh Tuanku.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah memasak patin masak tempoyak pada program Air Tangan Tengku Puan Pahang di Teluk Cempedak
Dalam pada itu, Tuanku turut berkongsi harapan baginda mengenai cucundanya, yang bakal mewarisi takhta Kesultanan Pahang Moden, dan seterusnya bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya mengikut sistem Majlis Raja-Raja.
“Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.
Ads
“Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.
Saksikan Eksklusif #AgongKita pada 30 Julai, 12pm di www.astroawani.com dan Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai, 9pm.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang peniaga makanan dan minuman, sudah semestinya harus mengutamakan kebersihan demi kesihatan dan keselamatan pelanggan.
Terbaru, mulai 1 Januari iaitu hari ini, semua peniaga dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan.
Kredit: Facebook Majlis Perbandaran Selayang
Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap para peniaga yang ingkar arahan tersebut.
Manakala Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut berkata yang pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun ini.
Kredit: Sinar Harian
Yang dipertua MPKj, Najmuddin Jemain berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja dengan bantuan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.
Semestinya langkah ini diambil untuk memastikan pekerja yang mengendalikan makanan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan.
Nasi goreng kampung adalah salah satu jenis nasi goreng yang sangat popular di Malaysia. “Kampung” di sini merujuk kepada gaya masakan yang lebih sederhana dan tradisional, seperti yang biasa dimasak di kampung-kampung. Nasi goreng kampung biasanya menggunakan bahan-bahan asas seperti nasi putih sejuk, bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis, telur, dan sayuran seperti kangkung atau kacang panjang.
Baru-baru ini Nasi Goreng Kampung menjadi ‘trending’ apabila Chef terkenal dari New Zealand, Andy Hearnden, memuji hidangan ini sebagai antara hidangan yang terbaik dan enak.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Andy Cooks beliau telah memasak tiga hidangan nasi goreng ikonik dari seluruh dunia iaitu Arroz Chaufa dari Peru, Nasi Goreng Kampung dan Cơm Chiên dari Vietnam dan keputusannya, Nasi Goreng Kampung dipilih sebagai pemenang!
Bau menyengat tapi gabungan rasa yang seimbang, kepedasan yang tepat dan tekstur rangup dari ikan bilis goreng dan sangat enak dinikmati bersama telur goreng. Dalam siri videonya yang terdahulu, Andy pernah memuji nasi goreng dari Korea dan Thailand antara yang terenak dan terbaharu, Nasi Goreng Kampung Malaysia berjaya berada dalam senarai kegemaran chef tersohor ini dan tentunya membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga.
Terasa nak makan Nasi Goreng Kampung? RASA kongsikan resipi mudah untuk anda cuba.
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi sejuk
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
1 biji bawang merah – cincang – beli online disini
3 ulas bawang putih – cincang – beli online disini
5 biji cili api – cincang
Belacan – saiz ½ biji bola pingpong – beli online disini
½ cawan isi ayam
2 biji telur
Garam secukup rasa
Kangkung secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula gorengkan ikan bilis. Kalau boleh pilih yang kecil-kecil. Baru la tak menyucuk gusi masa makan nanti.
2. Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga wangi kemudian letak belacan.
3. Masukkan isi ayam. Kalau nak letak udang ke, sotong ke boleh je.
4. Bila semua bahan dan sebati elok, masukkan telur. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam dengan sedapnya.
6. Masukkan nasi sejuk. Pastikan nasi telah diperoikan terlebih dahulu.
7. Akhir sekali masukkan hirisan kangkong. Gaul sebati hingga sekata. Angkat, tabur bilis goreng dan sedia untuk dinikmati.
Eriyca Baiduri usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017. Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty. Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan. Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.
Oleh yang demikian, Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv akan menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit yang bertajuk “Diari Madammu”. – “Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam (6) episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya. Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!