Raja Permaisuri Agong Cantik, Bijak, Cukup Cekap Memasak – YDP Agong

Share
Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.

Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.

Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai ini.

“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.

“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.

                   Sumber :
                   Tunku Azizah ‘tukang masak’ dari istana untuk rakyat
Berkongsi mengenai masakan daripada air tangan Raja Permaisuri Agong, Tuanku ada berkongsi beberapa jenis kegemarannya.
“Gulai kicap, ayam masak kicap.. masakan orang putih.. Western food, as I said just now, burger, roasted beef, Shepherd’s pie, chicken pie… dan macam macam lagilah. Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan golek ayam… Laparlah pula,” seloroh Tuanku.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah memasak patin masak tempoyak pada program Air Tangan Tengku Puan Pahang di Teluk Cempedak

“Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.

“Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.


Saksikan Eksklusif #AgongKita pada 30 Julai, 12pm di www.astroawani.com dan Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai, 9pm.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sumber berita: Firdaus AzilAstro Awani

Published by
Putri