Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Ads
Ads
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian dan azab yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.
Malah media barat mula mencari solusi dari aspek spritual dan melihat perspektif dari sudut agama dan ajaran Islam.Laporan dari media barat mengakui kebenaran Islam dalam mengatasi wabak penyakit dari COVID-19.
Baru-baru ini Newsweek memetik pesanan dan sabda Rasulullah S.A.W dalam menghadapi coronavirus. Majalah terbitan Amerika Syarikat ini menyatakan dua petikan hadis untuk menjawab persoalan berkenaan dua aspek menangani pandamik covid 19 iaitu beribadah (sembahyang dan berdoa) dan kuarantin .
Menurut pandangan pengkaji dan cendiakawan Professor Craig Considine samada ibadat sahaja yang dapat mengalahkan coronavirus, katanya, Nabi Muhammad s.a.w telah lebih dahulu memberi pesan dan nasihat bagaimana mengelakkan dan menangani sesuatu wabak itu.
Kata Considine, di kala pakar perubatan dan para immunologis (doktor perubatan yang mengesan, merawat, keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun dalam tubuh), memberi nasihat pentingnya amalan kebersihan (hygiene) yang baik dan kuarantin dapat memperlahankan penyebaran coronavirus Rasulullah telah pun memberikan saranan yang sama mengenai pandemik lebih 1300 tahun yang lalu .
Menurut Sabda Rasulullah : “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis Rasulullah inilah yang disebut Considine, dan tambahnya lagi Nabi Muhammad ada berpesan “Mereka yang mengalami wabak penyakit perlu dijauhkan dengan mereka yang sihat.”
Artikel dalam Newsweek ini juga memetik dan menyatakan hadis Rasullulah ini,
“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Riwayat Imam Muslim.
“Basuh tangan setelah bangun dari tidur sebab anda tidak tahu di mana pergerakan tangan semasa keadaan tidur. Rahmat dan keberkatan makanan itu terkandung dengan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.”
Bagaimana pula jika masih jatuh sakit juga, laporan Newsweek sekali lagi memetik ajaran Rasululah yang berpesan rawat dan berubat kerana Allah tidak mencipta sesuatu penyakit itu tanpa ada penawar dan ubat untuknya kecuali sakit tua.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Dalam mengimbangkan iman dan tawakal artikel ini juga menyebut,” Kebelakangan ini ada yang mempunyai tanggapan sejauh ini iaitu sembahyang dan ibadat adalah lebih baik untuk melindungi diri daripada coronavirus berbanding mematuhi peraturan asas penjarakkan sosial dan arahan menjalani kuarantin.
Laporan artikel itu sekali lagi menyebut respon Rasulullah mengenai tanggapan hanya ibadat sahaja satu satunya jalan penyelesaian , Newsweek mengajak pembaca meneliti satu riwayat dari At-Tirmidzi, “Rasulullah melihat lelaki Arab Badawi meninggalkan unta tanpa diikat talinya. Baginda langsung mendatanginya dan bersabda mengapa kamu tidak mengikat unta. Jawabnya saya bertawakkal kepada Allah. Sabda baginda lagi ikat dahulu talinya, kemudian bertawakal lah.
Di sinilah Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Newsweek menyatakan Rasulullah mengajar manusia untuk mengikut panduan dan bimbingan agama dan turut mengambil langkah berhati-hati demi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat.
Memang benarlah setiap musibah itu memang ada hikmah di sebaliknya, jika masyarakat Barat dan bukan Islam mula menyedari kebenaran ajaran Islam bagaimana pula dengan kita sebagai masyarakat Islam.
Setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit. Elakkan tempat yang sesak yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya wabak Covid 19.
Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)
Ayuh, jalankan tanggungjawab kita duduklah di rumah dan akur dengan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jom sama-sama kita usaha dan putuskanlah rantaian wabak ini . Jagalah kebersihan diri dan kediaman masing-masing untuk menurunkan dan menghapuskan risiko wabak penyakit ini.
Baru sahaja selesai Program RASA Bubur Lambuk Warisan di Dataran Shah Alam minggu lalu. Fuh… Memang meriah. Mana tidaknya, lebih 6000 pek Bubur Lambuk habis diagihkan kepada orang ramai. Terima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan 10 jenis Bubur Lambuk yang disediakan.
Dek kerana sambutan yang sangat menggalakkan, minggu ini RASA dengan kerjasama rakan penaja AJI-SHIO® kembali memeriahkan Ramadan anda dengan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini yang bakal dijalankan pada 8 April ini.
Bertempat di Aeon Mall Shah Alam, sebanyak 1500 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan kepada para pengunjung dan juga kepada masjid terpilih.
Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun kelima AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sedari tahun 2019, AJI-SHIO® adalah rakan penaja di Program RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor.
Diikuti tahun berikutnya dimana AJI-SHIO® turut sama menjayakan RASA Bubur Lambuk 2U dengan berganding bahu memasak dan menyumbangkan pek Bubur Lambuk kepada para frontliners.
Tahun lalu RASA & AJI-SHIO® terbang jauh untuk menyantuni orang-orang Kota Bharu dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Perdana.
AJI-SHIO® JADIKAN BUBUR LAMBUK JADI LEBIH ENAK & MUDAH DIMASAK
Bagi penggemar Bubur Lambuk, hidangan ini tentunya tidak boleh ditinggalkan bila tiba bulan Ramadan. Sedap berlemak memang memikat selera. Penggunaan ramuan berkualiti memberikan rasa yang terbaik. Ditambah pula dengan campuran AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa, menaikkan lagi keenakan dan aroma Bubur Lambuk. Semunya cukup rasa. Bila makan, terasa nikmatnya.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
Selain Bubur Lambuk, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga sesuai digunakan dalam pelbagai jenis menu kegemaran anda yang lain. Masakan tradisional atau moden, semuanya sesuai. Hanya tambah sedikit sahaja dalam masakan sahur atau berbuka, hidangan enak untuk keluarga tercinta sudah tersedia. Mudah kan? Memang sangat membantu para ibu di dapur.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Tahun ini, sekali lagi RASA & AJI-SHIO® kembali bergabung untuk menyantuni warga Selangor dengan mengadakan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini.
Projek dengan kerjasama Aeon Mall Shah Alam sebagai penaja lokasi ini tentunya anda wajib hadiri. Rugi kalau tidak merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®.
Selain pengedaran Bubur Lambuk, ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung, persembahan buskers dan juga penampilan Chef Zam Akmal.
Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Aeon Mall Shah Alam pada hari Sabtu,8 April ini.
Jumpa anda di sana!
Nak masak sendiri Bubur Lambuk AJI-SHIO® yang sedap ni? Jom cuba!
Nook at Aloft Kuala Lumpur Sentral teruja untuk membawa anda ke pengembaraan kulinari semasa perayaan Gawai Dayak, masa menuai dan kesyukuran.
Disusun oleh Chef Elossa dari Sarawak, menu festival ini menawarkan gabungan yang kaya dengan perisa tradisional Sarawak, termasuk hidangan utama Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Manok Pansoh yang tidak dapat dipisahkan, di mana ayam dimasak dalam buluh untuk menghasilkan kepingan yang lembut dan mudah dibentuk dalam sup yang harum dan berkhasiat.
Anda juga berpeluang menikmati Ikan Terubuk Masin Goreng yang masin, lazat dan kulit rangup yang luar biasa.
NASI GORENG DABAIUMAI UDANG KAMPUNG OYAPANGSUH IKAN SIAKAPKERABU PEGAGA MUKAH
Jangan lupa merasa Ayam Lada Hitam Sarawak dengan Sos Berkrim Dabai.Masakan signature lain termasuk Umai Udang Kampung Oya, Ikan Rebus Serai Bersama Daun Singkil, Nasi Goreng Aruk, Ayam Masak Kacangma, Terung Asam Tumis Belacan serta Ikan Salai Lumek bersama Terung Asam.
Selain itu, bufet Nook’s Flavors of Sarawak turut menampilkan pelbagai pilihan antarabangsa. Anda boleh menikmati stesen pasta dan piza secara langsung, Seafood Ragout Casserole dan Chicken Roulade, kegemaran Malaysia seperti Sate Ayam & Lembu dan Ayam Masak Merah.
Hilangkan dahaga anda dengan minuman istimewa Sarawak seperti Teh C Peng dan “White Lady,” ramuan ais dengan susu sejat, sirap, campuran bahan seperti laici, longan, jeli dan hirisan buah-buahan tempatan.
KEK LAPIS DAN KEK LUMUT
Untuk melengkapkan hidangan anda, nikmati pelbagai kek tradisional Sarawak yang lazat, pencuci mulut dan makanan ringan. Jangan ketinggalan snek unik seperti Tebaloi, diperbuat daripada campuran tepung sagu, telur, kelapa kering, kunyit dan gula. Tumpik, lempeng Melanau yang dihasilkan daripada sagu, kelapa kering dan garam, dihidangkan bersama Gula Apong. Setiap pencuci mulut dihasilkan dengan teliti untuk memikat selera anda.
Bufet Perisa Sarawak berharga RM148 bersih/seorang; kanak-kanak berumur 7-12 mendapat diskaun 50%. Tersedia setiap Khamis hingga Sabtu dari 11 Mei – 10 Jun 2023, 6:00 petang – 10:00 malam.
Jangan lepaskan peluang menikmati Nook’s Flavours of Sarawak. Anda berminat boleh e-mel kukal.b&f@alofthotels.com.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.