Rak dapur terbuka secara umumnya mampu meluaskan ruang dapur dan menyediakan ruang simpanan berguna untuk pemilik kediaman. Ini secara tidak langsung menghapuskan kabinet atas yang sedia ada dan memasang rak terbuka.

 

Rak terbuka yang dipasang kebiasaannya dalam bentuk rak atau rak terapung disokong oleh hiasan kreatif. Keberadaan rak terbuka yang sering dilihat pastinya memerlukan segala barang tersusun dengan kemas dan teratur. Selain itu, rak ini juga mudah dan murah untuk menambah organisasi yang diperlukan untuk mana-mana ruang.

Rak Terbuka Memberi Ilusi Luas Di Ruang Dapur

Lihat 10 tip berguna bagi anda yang masih berkira-kira untuk mewujudkan rak terbuka di ruang dapur

1. Jika anda tidak pasti berapa banyak ruang yang diperlukan, pertimbangkan rak mudah laras supaya segala barangan boleh disusun semula dengan rapi.

2.Pastikan label menghala ke hadapan supaya tidak menimbulkan kecelaruan apabila mahu mengambil barangan yang diperlukan.

3.Pastikan reka bentuk rak yang mudah supaya ia tidak menyukarkan anda menggunakannya dengan cermat. Pastikan rak tersebut disesuaikan dengan gaya dapur anda.

4.Rak terbuka boleh mengumpul habuk. Pastikan rak terbuka sentiasa dibersihkan dan bebas daripada habuk. Sedikit usaha yang dibuat pasti memberikan ketahanan pada rak tersebut.

5.Sedikit ruang diperlukan bagi setiap barangan yang disusun dengan rapi. Kepadatan barangan yang diletakkan mampu menghakis sedikit tarikan pada rak tersebut. Ruang visual begitu penting dalam memberikan keseimbangan selain mengelakkan rak berada dalam keadaan tidak kemas.

Rak Terbuka Memberi Ilusi Luas Di Ruang Dapur

IKLAN

6.Paparkan hanya item yang disukai dan mempunyai daya penarik. Jangan memaparkan kotak makanan melainkan jika menyimpannya di dalam bekas atau bakul hiasan. Bakul besar yang mengandungi barang-barang kecil turut mampu membawa tekstur untuk paparan.

7.Pasti indah jika paparan hiasan pada rak terbuka menggunakan rona, bentuk atau fungsi yang sekata bagi memperlihatkan ia sesuai untuk bergandingan bersama.

8.Anda mempunyai koleksi yang besar namun tidak memerlukan untuk memaparkan segala-galanya pada masa yang sama. pastikan barangan terpilih sahaja yang memenuhi rak terbuka. Gaya hias pada rak terbuka boleh diolah jika anda sudah bosan dengan konsep yang serupa. Barangan baru yang diletakkan pada rak terbuka pastinya memberi kesegaran bagi mengelakkan kebosanan.

9.Bagi memastikan visual menyenangkan, letakkan barangan yang lebih berat seperti pinggan dan mangkuk di rak bawah dan barangan yang lebih ringan seperti gelas di bahagian atas.

Rak Terbuka Memberi Ilusi Luas Di Ruang Dapur

10.Kekemasan dan susunan yang teratur diperlukan bagi mengelakkan rak terbuka menjadi kurang seri. Oleh itu, segala idea kreatif diperlukan bagi memastikan rak terbuka sentiasa dipandangn indah meskipun dengan hanya susunan ringkas.

Kredit gambar: 123 royalty free

IKLAN

INGIN MENCARI PILIHAN PETI SEJUK TERKINI YANG MENJADIKAN MAKANAN ANDA TETAP SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI