Jika anda seorang peminat ramen, anda wajib singgah di gerai Ramen Heaven yang terletak di Telok Gadong, Klang, Selangor. Pelbagai hidangan ramen ada dijual di sini.
Ramen adalah makanan mi yang popular di Jepun. Selalunya mi di negara tersebut dihidang dengan pelbagai cara yang meliputi sup, tekstur mi dan juga ditabur dengan pelbagai topping untuk memberi kelainan cita rasa.
Menurut empunya gerai yang dikenali sebagai Jaafar, ramai pengunjung yang selalu mengulang makan di sini kerana teringat-ingat akan ramen yang dijual. Gerai ini mulai beroperasi sejak Oktober 2022 dan semakin ramai peminat pada hari ini.
Pun begitu, bukan hanya ada ramen yang dijual sini. Pelbagai menu lain yang menarik minat pelanggan turut ada. Misalnya nasi lemak kangkung, oden, roti bakar Milo dan cekodok legend.
Ads
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ada pelanggan yang datang dari jauh seperti Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Malah ada yang datang dari Melaka. Kebanyakan pelanggan yang datang akan repeat lagi selang beberapa hari,” katanya.
Penuh meja!
Antara komen pelanggan yang buat kami gembira adalah sudah lama tak jumpa nasi lemak kangkung macam ni. Rindu zaman dulu-dulu makan nasi lemak kangkung. Ada juga yang kata sambal nasi lemak memang padu. Susah dah sekarang nak jumpa sambal macam ni. Last saya makan sambal sedap macam ni semasa kerja tahun 1990-an dulu. Ada juga pelanggan beri maklum balas oden kami sedap sebab tak berapa pedas. Anak-anak suka makan,” katanya lagi.
Suasana di gerai.
PELBAGAI MENU MENAMBAT RASA
Oden Selambak Udang Beratur
Menu baru. Menggunakan udang segar. Setiap hidangan akan dapat antara empat hingga enam ekor udang bergantung kepada saiz udang. Resipi oden ni diperoleh daripada sahabat yang merupakan seorang chef yang ada food truck di Melaka. Kuah oden ini dimasak selama dua jam dengan 15 rempah pilihan. Jadi menu ini antara pilihan utama pelanggan. Ramen Heaven ada promosi pada setiap Rabu untuk wanita hamil iaitu diskaun 10 peratus untuk menu ini.
Roti Bakar Milo Tabur
Dua keping roti yang ditabur dengan Milo. Kemudian ada homemade coklat cair di atasnya.
Ads
Nasi Lemak Ayam Crispy
Nasi lemak yang disukai oleh pelanggan. Keistimewaannya adalah nasi lemak ini ada ayam goreng yang semestinya rangup. Dihidangkan pula dengan sayur kangkung. Sambal pula ada dua jenis yang boleh pilih sama ada Sambal Pedas Meletup ataupun Sambal Baby.
Paratha Gedik
Ads
Menu paratha ini dinamakan Paratha Gedil kerana ada telur goyang di atasnya. Dihidang dengan kuah kari yang melengkapkan cita rasa.
Cekodok Legend
Cekodok legend nama diberi. Rangup di luar, lembut di dalam. Cecah pula dengan sambal sardin. Selain cekodok legend ada juga cekodok udang dan sosej.
Turut ada menu lain seperti ini.
Nasi lemak sambal paru.Nampak sedap!
“Kepada anda yang tinggal di sekitar Klang, singgahlah ke gerai kami untuk menikmati pelbagai menu menarik yang kami sediakan. Saya gerenti anda takkan menyesal,” ujarnya menutup bicara.
Kini bila melangkah masuk je ke rangkaian kedai myNEWS, selain untuk tujuan mendapatkan barangan keperluan harian, korang juga mempunyai pilihan membeli pelbagai jenis minuman dan makanan yang berkonsepkan Ready To Eat, inspirasi dari makanan Jepun.
.
Kedai serbaneka kini menjual pelbagai makanan dan minuman, satu lagi penyelesaian bila perut lapar tapi nak cepat mendapatkan makanan yang sedap dan sihat. Korang hanya masuk, buat pilihan sama ada sandwich atau onigiri dan terus makan dengan harga berpatutan. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih.Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery. Sangat mudah.
.
Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.
.
Sejak penubuhannya pada Disember 1996, kini myNEWS telah berjaya berkembang dan mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk sedia guna yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS sekarang.
Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, ramai yang terjejas perniagaan mereka dan tidak kurang yang gulung tikar. Mungkin yang sebelum ini mengharapkan keuntungan dengan membuka kedai sahaja namun kini berubah cara berniaga secara atas talian juga.
Untuk Makan Di Mana kali ini , kami berkesempatan merasai masakan dari LAPAU yang dimiliki oleh Syed Hafeez bin Syed Mohammad.
“Kami mula berniaga setelah bertahun berimpian. Covid-19 merealisasikan impian kami, bila kami berdua diberhentikan kerja kerana Covid 19. Isteri bekerja di bidang perlancongan juga terjejas. Kami membuka kedai di food court di Sg. Ramal, Kajang tetapi sambutan sangat kurang, kami tutup kedai. Selepas kami tutup di Food Court di Sg Ramal, kami buka pula gerai di Taman Maju, Kajang berhadapan dengan Restoran Sup Ali Power. Namun disebabkan Covid-19, kami mencuba nasib berniaga secara online.
Saya adalah bekas seorang penjual kereta, bisnes online adalah salah satu cara pasaran kereta juga. Isteri saya turut sama membantu menjayakan LAPAU, dia juga dropship perniagaan barangan kanak-kanak. Bisnes online sesuatu yang tidaklah asing bagi kami. Tetapi banyak lagi yang kami perlu belajar,” cerita Hafeez.
Buat masa sekarang terdapat 10 jenis makanan yang ditawarkan oleh LAPAU. Set Gerang Asam Daging menjadi best seller di LAPAU. Terdapat 2 jenis set yang di datangkan dengan Gerang Asam Daging. Pilihan bersama Nasi atau Roti Canai. Boleh juga memilih makanan ini secara ala carte.
Buat yang ingin merasa makanan ini , boleh ke page fb/ig LAPAU atau call/whatsapp di -0126765526 – olin / 0123615295 – apis. LAPAU juga ada di food panda dan grab food.
Saat bersama keluarga di kala Ramadan memang dinantikan. Tambah lagi dapat menikmati makanan kesukaan bersama keluarga, apa kata raikan Ramadan ini dengan membawa yang tersayang ke restoran pilihan.
Kunjungan ke Restoran White & Black Lakeside Titiwangsa pasti tidak mengecewakan. Suasana sekeliling juga tenang dan mendamaikan. Sejak dibuka, restoran ini menjadi tarikan kepada peminatnya yang inginkan suasana makan yang santai.
Berbuka puasa sambil menikmati pemandangan tasik pasti menyeronokkan. Sempena Ramadan, restoran ini menyediakan bufet Ramadan dengan menu Western dan Melayu.
Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Lakeside Titiwangsa, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, antara menu di sini adalah western dan Melayu. Bermula dari kuih muih melayu sehinggalah piza. Lebih menarik terdapat Asam Pedas Salmon, Chicken Grill dan yang pasti ditunggu-tunggu ialah Kambing Golek, Fresh Oyster dan Fresh Prawn.
White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa merupakan restoran berasaskan makanan barat namun turut menampilkan menu istimewanya ‘Asam Pedas Salmon’ dengan menggunakan resipi tersendiri. Kambing golek juga antara tarikan menu di sini.
Restoran ini mampu memuatkan lebih kurang 150 orang pada suatu masa.
Harga bufet Ramadan bermula dari RM69.90 (kanak-kanak) berumur 7 hingga 12 tahun. Tambah Mohd Firdaus harga early bird RM110 dikekalkan sehingga 20 April 2023.
Pihak restoran juga menyediakan ruang solat yang luas dan selesa, kaunter zakat serta busker di hujung minggu.
Jom buat tempahan di Facebook White & Black Lakeside Titiwangsa KL dan Instagram White_blacktitiwangsa.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.