Stok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
Ads
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
Ads
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara masak sambal sotong
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
Resipi sambal belacan kisar ini memang menjadi dan sedap tak terkata. Boleh buat stok selama 2 minggu. Boleh makan berpinggan-pinggan nasi dibuatnya. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ini adalah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba buat di rumah? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah | boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya | boleh buang biji jika suka
Belacan | banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat | perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi | ambil jus
2 biji limau kasturi | belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Nikmatnya bila dapat makan daging bakar yang lembut dan menepati cita rasa. Dicicah pula dengan air asam memang padu rasa. Nak mudahkan cara, daging yang liat akan jadi lembut kalau korang masak guna pressure cooker. Lepas tu letak sos tiram, kicap, sos blackpepper, tumbuk blackpepper sekali.Biar kejap, grill bagi nampak kerak-kerak hitam tu. Kalau guna batang pinang tu, perap terus je lepas tu grill.Sedap sangat makan dengan nasik panas-panas.
Resipi untuk sos thai:
1 sb beras, sangai dan blender kering bagi hancur
7 biji cili padi – blend
1/2 biji bawang merah – hiris
1 sb chili flakes
1/2 biji limau nipis, perah
Air asam jawa
Sos sotong/ikan
Gula kabung
Daun ketumbar (kaknaz tak suka daun ni, ganti daun sup. Hehe)
Ada kala, membuat air asam untuk dimakan dengan ikan bakar, tidak menjadi. Sama ada terlalu pedas mahupun terlalu masam. Apatah lagi jika rasanya tak kick disebabkan terlalu banyak bawang.
Jom RASA kongsikan resipi air asam yang gerenti sedap dan tidak mengecewakan.
AIR ASAM
BAHAN TUMBUK
2 inci belacan
4 tangkai cili padi
1/2 labu bawang besar
CARA MEMBUAT BAHAN TUMBUK
1. Bakar belacan.
2. Sementara itu basuk cili padi dan bawang besar.
3. Tumbuk cili padi dan bawang besar.
4. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
BAHAN LAIN
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kerisik
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah kecil
1 biji tomato (dipotong dadu)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan BAHAN TUMBUK ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, kerisik dan BAHAN HIRIS
3. Perahkan limau kasturi.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yang diingini.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!