1. Kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci. 2. Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk!
3. Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
4. Nampaknya ubi kita dah empuk. Kenapa nak kena rebus dulu? Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
5. Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan.
6. Biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit. 7. Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras. 8. Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar.
Nikmatnya makan kacang gajus ni kat depan TV. Ada rasa manis, pedas dan rasa daun limau purut.Itu yang best sangat. Pada mak- mak yang dah tak tau nak masak apa dah. Almakhlum lah masa semua orang ada di rumah, mulut asyik nak mengunyah aje kan.
Cara membuatnya:
1. Goreng kacang gajus sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang (5 ulas).
3.Apabila sudah terbit bau, masukkan 5 helai daun limau purut yang sudah dihiris halus.
4.Masukkan 2 sudu teh serbuk cili dan tuangkan kacang gajus tadi. Kacau rata.
5.Tuangkan sos ikan dan madu ikut suka banyak mana dan… siap.
Bila teringin buat ikan masak cuka selalunya ikan tenggiri atau tilapi akan jadi pilihan. Tapi sebenarnya ikan sembilang juga sedap dimasak buat masak cuka. Nak tahu keenakannya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Azizah Salleh.
Bahan-bahan
5 kg ikan sembilang – saiz besar 2-3 ekor
20 batang serai – hiris nipis
250 gm bawang merah kecik (belah 2 atau4)
150 gm bawang putih (kupas jangan hiris atau potong)
4 cm halia – mayang
2 paket halba campur
Cili api – tak perlu belah
1 1/2 cawan cuka makan
1 cawan air
Cara membuat
1. Basuh bersih ikan, potong dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
2. Guna minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama halba campur dan juga serai.
3. Selepas naik bau masukkan cuka makan dan juga air. Kacau sebati dan biar mendidih. Masukkan cili api.
4. Sebaik kuah mendidih saja, kecilkan api, masukkan ikan. Kemudian gaul seketika dan tutup api, jangan lama-lama.
Roti, kalau makan panas-panas, memang sedap. Ada pulak air kopi memang layan. Masalahnya susah nak dapat roti panas, kecuali buat sendiri. Kalau nak buat sendiri takda masalah sebab Puan Sharifah bermurah hati share lima resipi roti yang jadi pilihan ramai pelanggannya dengan anda semua.
Apa tunggu lagi cuti hujung minggu ni, kita buat roti sebagai hidangan minum petang keluarga atau sebagai bekal keluar berkelah dengan bersama.
BAN OREO CRUMBLE
BAHAN A:
500gm tepung high protein
80gm gula
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
11gm yis
1 biji kuning telur
150gm air
100gm ais
60gm marjerin
Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
25gm mentega
100gm tepung gandum
20gm gula kasar
30gm Oreo
Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tabur di atas doh sebelum bakar.
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
Tabur campuran crumble oreo tadi di bahagian atas doh roti.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
BAN CHICKEN FLOSS
BAHAN A:
500gm tepung high protein
80gm gula
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
11gm yis
1 biji kuning telur
150gm air
100gm ais
60gm marjerin
Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
Chicken floss (serunding ayam) secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada 60gram setiap satu. Bentukkan doh bujur memanjang dan letak di dalam acuan kertas. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.
Bakar doh terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan paip sos cili dan mayones pada permukaan atas roti. Akhir sekali tabur ‘chicken floss’.
Sedia untuk dinikmati.
BAN TUNA
BAHAN A:
500gm tepung high protein
80gm gula
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
11gm yis
1 biji kuning telur
150gm air
100gm ais
60gm marjerin
Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
1 tin tuna
Cili merah dan daun bawang secukupnya | racik halus
Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Untuk membuat topping; hancurkan tuna dan masukkan cili merah dan daun bawang yang telah diracik. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat doh; satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Timbang doh kepada 55gm setiap satu dan bulatkan doh. Bentukkan doh menjadi segi tiga.
Sapukan topping di bahagian atasnya. Biarkan doh naik dua kali ganda. Satukan susu cair pada bahagian atas topping tuna tadi.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
BAN VANILLA CRUMBLE
BAHAN A:
500gm tepung high protein
80gm gula
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
11gm yis
1 biji kuning telur
150gm air
100gm ais
60gm marjerin
Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
50gm mentega
100gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
30gm gula pasir
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
Tabur campuran crumble vanilla tadi di bahagian atas doh roti.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
BAN PANDAN
BAHAN A:
500gm tepung high protein
80gm gula
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
11gm yis
1 biji kuning telur
150gm air
100gm ais
60gm marjerin
2 sudu makan pes pandan
Secubit garam
Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan dan bentukkan doh kepada 60gram setiap satu dan bulatkan doh. Rehatkan doh yang dibulatkan sehingga kembang dua kali ganda.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.