Pernah cuba ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng? Rasa sangat sedap tau.
Sambil santai-santai di laman rumah, sambil minum kopi atau teh panas, memang sedap makan ubi rebus goreng berempah ini.
Jom kita cuba resipi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Resipi ini sesuai untuk 4-6 orang makan.
UBI REBUS GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
2 batang ubi (macam dalam gambar)
6 biji bawang merah ros – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu besar biji ketumbar – beli online di sini
1 sudu besar serbuk kunyit – beli online di sini
Garam secukup rasa
TONTON Wantan Goreng | Dapur Rasa Live
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci.
2. Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk!
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Nampaknya ubi kita dah empuk. Kenapa nak kena rebus dulu? Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
5. Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan.
6. Biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit.
7. Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras.
8. Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: