Cuaca sejak kebelakangan ini, sama ada hujan atau mendung bila petang-petang kan. Kalau dapat makan menu makan petang yang lembut gebu dan panas-panas, mesti asyik sekali.
Dan untuk itu, apa kata kita cuba selera ‘western’ pula. Hujan-hujan sedap makan wafel panas. Letak buah strawberry dan Nutella, fuh memang terus terpejam mata.
Melihatkan resipi daripada Umi Watie, sangat mudah untuk membuatnya asalkan kerajinan itu ada. Jom kita buat!
Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Bila tiba musim perayaan, hidangan Daging Malbari ni antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Bagi anda yang teringin nak rasa dan sajikan buat tetamu yang bertandang, resipi di bawah ini sangat mudah untuk dicuba. Sukatannya adalah untuk 1kg daging. memang mudah nak agak jika nak gandakan jumlahnya.
RESIPI DAGING MALBARI ( 1 KG DAGING)
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – dipotong kecil
1/2 botol kecil kicap kipas udang
3 bungkus kerisik ( anggaran 5-6 sudu makan)
Gula merah – RM1 @ 1-2 keping. Masak dengan sedikit air & tapis.
BAHAN KISAR:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan rempah biji
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
Segenggam cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan kisar dalam kuali (tanpa minyak) sehingga wangi. Guna api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.
2. Kemudian satukan bahan kisar bersama daging dan kicap. Kacau sebati dan perap selama 1-2 jam.
3. Cukup masa perapan, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis daging yang diperap tadi. Masukkan sedikit air.
4. Masak sehingga daging lembut. Jika masih keras, tambah lagi air sehingga lembut.
5. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
6. Masak hingga kuah pekat berpalut pada daging. Sedia untuk dinikmati!
Bagi yang suka menyediakan hidangan kurma baik ayam atau daging, petua atau tip yang dikongsi oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail boleh dicuba bagi memastikan hasil lauk kurma yang dimasak lebih lazat dari biasa.
Tip yang dikongsi adalah dengan cara menuang minyak sapi selepas selesai memasak hidangan ini. Cara lengkap menyediakan hidangan ini turut dikongsi oleh beliau.
Cara dan petua khas untuk masak kurma sama ada ayam atau daging
1. Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging/ayam,kerisik, tomato, bawang putih/merah yang telah dikisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tutup periuk itu bertujuan supaya aromanya tak hilang dan daging/ayam akan cepat lembut. Tapi awas, jangan biarkan ramuan rempah hangit! Air pun kena pandai agak ya.
4. Bila daging/ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut. Kemudian masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
5. Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6. Petua penting agar masakan kurma lebih sedap ialah setelah selesai masak, tuang sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma. Inilah yang akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu. Ikut langkah ini,saya yakin lauk kurma akan sedap.