Cuaca sejak kebelakangan ini, sama ada hujan atau mendung bila petang-petang kan. Kalau dapat makan menu makan petang yang lembut gebu dan panas-panas, mesti asyik sekali.
Dan untuk itu, apa kata kita cuba selera ‘western’ pula. Hujan-hujan sedap makan wafel panas. Letak buah strawberry dan Nutella, fuh memang terus terpejam mata.
Melihatkan resipi daripada Umi Watie
, sangat mudah untuk membuatnya asalkan kerajinan itu ada. Jom kita buat!MINI WAFEL GEBU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
3 sudu besar mentega – beli online di sini
1 sudu besar baking powder – beli online di sini
2 biji telur
1 sudu besar yis – beli online di sini
1 sudu teh garam
2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
CARA-CARA:
1.Masukkan semua bahan kecuali esen vanilla di dalam bekas mixer
. Kacau menggunakan mixer.
2.Pukul semua bahan sampai kembang dan sebati. Kemudian, masukkan esen vanilla.
3.Apabila sudah selesai, perap selama 30 minit macam tu.
4.Sementara itu, panaskan waffle maker. Kemudian, bubuh sesenduk, ikutlah saiz pan masing-masing ya.
5. Dah masak sejukkan tepi. Hidangkan dengan hiasan buah strawberi dan juga Nutella.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: