Kata orang, nak pikat perut suami, gunalah masakan yang ikhlas daripada isteri. Jika tak tahu nak masak apa untuk menu lauk tengahari, bolehlah cuba resipi Crispy Beef atau Daging Rangup.
Resipi daripada Umi Watie ini, kalau dinikmati dengan nasi panas-panas begitu saja pun, boleh buat selera bertambah.
CRISPY BEEF @ DAGING RANGUP
Ads
BAHAN-BAHAN:
400 g daging** (sebaiknya gunakan bahagian daging yang lembut seperti tendelion, batang pinang atau harimau menangis) 1 biji telur** 2 ulas bawang putih** – beli online di sini 1 sudu besar lada sulah** 5 sudu besar tepung jagung** – beli online di sini 2 sudu besar kicap cair** – beli online di sini ½ biji bawang Holland – beli online di sini 2 ulas bawang putih 2 sudu besar empingan cili 1 sudu besar bijan 1 sudu besar kicap manis – beli online di sini 2 sudu besar cuka – beli online di sini 3 sudu besar sos tomato – beli online di sini Garam & gula secukupnya
1. Bahan bertanda ** kita perapkan terlebih dahulu. Kalau boleh 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tu kalau boleh hiris nipis-nipis tau. 2. Bila dah siap perap bagai tu, bolehlah kita gorengkan daging kita tadi dalam minyak yang panas. 3. Gorengkan daging tadi sampai garing tau. Saya guna daging batang pinang, jadi memang tak liat. Jadi dia akan rangup di luar tapi lembut di dalam.
4. Bawang Holland kita tadi tu, kita hiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau kita caramelized kan. Bawang ni yang buat crispy beef kita tu nanti istimewa. 5. Tumiskan bawang putih yang kita cincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh. Gantikan saja, takde masalah.
Ads
6. Bila semua bahan tumisan tadi dah wangi, kita masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata. 7. Perasakan dengan garam dan gula ya. Kita seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan mereneh sekejap. 8. Masukkan bawang holland yang dicaramelizedkan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang kick.
9. Masukkan juga bijan yang telah kita sangai terlebih dahulu. Tutupkan api dapur. 10. Masukkan daging yang telah kita gorengkan tadi. Gaulkan sebati. Dah siap.
Biasanya kalau nak buat nasi bertumis seperti nasi minyak, nasi hujan panas dan sebagainya, ayam masak merahlah antara yang menjadi pilihan untuk dijadikan lauk. Boleh juga kan? Apa kata anda cuba menu Ayam Bakar Sambal Bawang ni. Rasanya lebih sedap dan beraroma.
BAHAN-BAHAN A:
2 ketul paha ayam ( whole leg)
6 ulas bawang merah | tumbuk lumat
4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
3cm halia |tumbuk lumat
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
2 labu bawang besar |potong dadu
3 sudu makan cili kisar
10 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam (pilihan)
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bahan-bahan tumbuk dan garam selama 30-40 minit. Kemudian ayam dibakar hingga masak dan ketepikan. 2. Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar berserta cili kisar hingga cili masak. 3. Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa. 4. Tuang ke atas ayam bakar dan hidangkan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih enak, bakar ayam menggunakan arang. Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Bakar pada suhu 170C selama 30-40 minit atau hingga ayam masak. Kelar sedikit bahagian isi yang tebal supaya ayam masak sekata.
Masa mula semak resipi ni, terkejut juga tanpa tepung, tanpa telur, mentega dan oven. Biar betul , bahan-bahannya dilumatkan dan dikukus. Dahlah mudah resipinya jimat ramuan dengan kos paling murah
Sesuai sangat dibuat masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, resipi jimat bahan dapur.
Resipi perkongsian Fatin Damia di laman facebooknya memang cukup menarik. Yang penting sedap dimakan, dengan belanja yang sangat minima. Jom tengok cuba…
KEK LAPIS OREO DENGAN BISKUT CRACKERS
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan Oreo : 2 bungkus Oreo 250ml susu penuh krim
Bahan lapisan Crackers :
250gm biskut cream crackers 250ml susu penuh krim
CARA MEMBUAT : 1. Dalam satu bekas hancur dan lumatkan biskut Oreo dan gaulkan dengan susu penuh krim. 2. Dalam satu bekas lagi hancur dan lumatkan biskut Cream Cracker dengan susu. 3. Buat lapisan demi lapisan, setiap lapisan kukus lima minit 4. Sejukkan sebelum dipotong
Jika anda selak resipi bakeri dan pastri, meringue ni kerap ada kan. Kalau nak tahu meringue adalah putih telur yng dipukul bersama gula hingga kental, hingga bila dicuit dengan jari jadi bertanduk atau ‘soft peak’.
Meringue selain dijadikan snek atau manisan yang boleh dimakan begitu sahaja , ia juga digunakan dalam penyediaan kek span, mousse, kastard , pelbagai jenis krim. Juga dijadikan hiasan atas biskut,muffin dan pai.
Ia juga adalah pencuci mulut yang sering dikaitkan dengan masakan Perancis, Switzerland, dan Itali. Secara tradisinya memanglah dibuat dari putih telur yang dipukul dan gula, dan kadang-kadang dimasukkan sedikit bahan berasid seperti lemon, cuka atau krim tartar.
Agen yang mengikat seperti garam, tepung jagung atau gelatin mungkin juga ditambah kepada telur. Tambahan serbuk gula, yang biasanya mengandungi tepung jagung, ke dalam meringue pula menghasilkan pavlova.
Meringue sering diperasakan dengan rasa vanila, sedikit badam, atau kelapa. Untuk nampak menarik pewarna diletakkan. Ia merupakan manisan yang ringan. Meringue buatan sendiri sering kenyal dan lembut dengan luar yang rangup dan dibakar pada suhu rendah 82-93 darjah celcius
Ok jom min share resipi pavlova yand dikongsi dari Kinrara Resort ini :
PAVLOVA
BAHAN-BAHAN :
300 gm telur putih
500 gm gula
Secubit garam
50 gm gula halus
75 gm tepung jagung
2 sudu makan air lemon
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan garam,gula halus, tepung jagung dan air lemon sehingga sebati. 3. Bakar pada suhu 100 darjah celcius selama 60 minit.
INFO CHEF : Jangan pukul putih telur terlalu lama, cukup sekadar kembang. Jika tidak putih telur akan kehilangan ‘volume’nya bila disatukan dengan bahan lain.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 1 jam Cara : Bakar Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Pencuci mulut daripada ‘meringue’
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.