Menu simple untuk minum petang cukup sempurna bagi lengkapi hari anda. Yang penting sedap dan buat berebut nak makan. Hanya menggunakan roti , isi ayam dan bahan bahan seperti telur dan serbuk roti menjadikan menu minum petang jadi istimewa. Boleh buat lebih untuk disimpan sebagai stok andai ada tetamu nak berkunjung ke rumah.
CHICKEN CHEESE CRISPY
Bahan-bahan :
Isi ayam / ayam kisar
3 biji bawang besar ( potong dadu )
5 ulas bawang putih ( cincang )
Garam
Ajinomoto ( optional )
Serbuk lada hitam ( optional )
Cara masak inti:
1.Tumis bawang besar dan bawang putih guna marjerin/butter. Tumis sampai naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam. Letak garam, ajinomoto dan serbuk lada hitam. Masak sampai kering air ayam tu.
*Bahan ini boleh dapat banyak tau, 1 mangkuk nasi. Tak habis boleh simpan dalam freezer beku. Inti ini boleh buat toping pizza homemade juga.
Bahan lain :
Roti
Serbuk roti
4 biji telur
Cheese
Cara membuat:
1.Lenyek roti. Kemudian sapu telur atas roti tadi,
2.Letak inti dan cheese.
3.Lipat roti dan tekan keliling ( proses ni kadang-kadang kulit roti tu terbuka balik, jangan risau normal la tu, korang terus je buat yang lain nanti dah lama tekan balik yang terbuka tadi.
4.Kemudian celup roti berinti dalam telur dan gaulkan dalam serbuk roti.
5.Ulang semua langkah sampai siap.
6.Goreng dengan api sederhana.
7.Siap untuk dihidang.
*Makan dengan cheezy, sos cili atau mayonis. Sedap sangat sangat tau.
Selamat mencuba.
Kredit: mieza samian
https://www.rasa.my/satay-sosej-roll-cheese-homemade/
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.